CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 44755|Reply: 2

[Jenayah] Tentera upahan: KPT belum terima laporan lengkap

[Copy link]
Post time 1-11-2024 07:53 PM | Show all posts |Read mode

https://www.utusan.com.my/nasional/2024/11/tentera-upahan-kpt-belum-terima-laporan-lengkap/


KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Tinggi belum menerima laporan lengkap mengenai dakwaan dipercayai terdapat pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) warga Malaysia yang menjadi tentera upahan di Ukraine.
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, pihaknya masih dalam proses mendapatkan maklumat mengenai dakwaan itu.
“Kita akan semak dulu. Terlalu awal bagi saya untuk mengulas kerana saya perlu menyemak fakta terlebih dahulu.
“Saya akan dapatkan maklumat dahulu. Saya akan komen nanti sebab saya belum mendapat maklumat lengkap,” katanya ditemui media di pekarangan Masjid Universiti Pertahanan Nasional (UPNM) selepas solat Jumaat, hari ini.
Baru-baru ini, tular penemuan dua keping gambar menunjukkan MyKad dan lesen memandu rakyat Malaysia yang didakwa ditemukan di medan perang di Livadny, Zaporizhia, Ukraine.
Ada dakwaan di media sosial, ia milik seorang rakyat Malaysia yang tidak dapat dipastikan statusnya, sama ada terbunuh atau ditahan tentera Russia.

Dikatakan, kedua-dua dokumen itu ditemukan selepas tentera Rusia menawan kubu tentera Ukraine di Livadny.
Lelaki berkenaan kononnya dikatakan terbabit sebagai tentera upahan dalam ’16th Rifle Batallion Ukraine’ yang berdepan dengan tentera Russia di Ukraine.
Berdasarkan pemerhatian ke atas salah satu gambar yang tular, lesen memandu itu milik seorang individu beralamat di Padang Besar, Perlis yang sah sehingga Februari 2025.
Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dilaporkan berkata, keluarga kepada lelaki yang MyKad dan lesen memandunya didakwa ditemui di medan perang di Ukraine, memaklumkan individu berkenaan sedang melanjutkan pengajian di negara terbabit.
Razarudin dilaporkan berkata, pihak keluarga memaklumkan kepada polis bahawa individu terbabit hanya melanjutkan pelajaran di sana dan tindakan lanjut sedang diambil oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkait maklumat berkenaan.
Beliau juga memaklumkan, Bukit Aman sedang menunggu maklum balas Kedutaan Russia berhubung dakwaan pembabitan rakyat Malaysia dalam konflik perang di antara negara itu dan Ukraine.
Menurutnya, PDRM melalui Jabatan Cawangan Khas sudah berhubung dengan Kedutaan Russia di Malaysia berhubung perkara itu dan masih menunggu maklum balas mereka untuk pengesahan dakwaan berkenaan, termasuklah status warga tempatan yang dikaitkan dengan kejadian itu.

Razarudin juga dilaporkan meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi, juga diingatkan supaya tidak terlibat dengan mana-mana ‘pejuang asing’

Zambry Abdul Kadir


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2024 09:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Dentuman kuat ipoh pun x tau punca, inikan pula org cina pergi Ukraine pun x tau punca hujung pangkal
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2024 09:22 PM | Show all posts
ninja boy replied at 1-11-2024 09:11 PM
Dentuman kuat ipoh pun x tau punca, inikan pula org cina pergi Ukraine pun x tau punca hujung pangka ...

kena ada org report, baru bleh buat siasatan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 04:44 AM GMT+8 , Processed in 0.066968 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list