CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 47237|Reply: 1

[Johor] Mangsa visa haji Furada kecewa, syarikat tak patuhi perintah mahkamah

[Copy link]
Post time 28-10-2024 10:45 PM | Show all posts |Read mode


Johor Bahru: Mangsa penipuan visa haji furada oleh sebuah agensi umrah dan haji yang kini sudah tidak beroperasi kecewa apabila kes berkenaan masih tidak selesai sejak lima tahun lalu.

Lebih mengecewakan, Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Mac lalu sudah memerintahkan Hajar Sazrul Travel & Tours Sdn Bhd (HSTT) membayar baki bayaran pakej haji menggunakan visa furada berjumlah RM634,000 kepada 25 bekas pelanggannya, namun agensi itu bukan sahaja ingkar malah menghilangkan diri.

Pesara, Muhammad Radhi Shariff Hussain, 60, berkata episod dirinya bersama 15 rakyat Malaysia yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz, Jeddah, pada 2019 adalah pengalaman pahit yang amat menyedihkan.

Menurutnya, agensi berkenaan bukan sahaja meranapkan impian mereka untuk mengerjakan haji, malah wang simpanan turut lebur tambahan pula syarikat itu kini menghilangkan diri di sebalik perintah mahkamah.

"Saya mewakili 25 bekas pelanggan kecewa apabila syarikat berkenaan bukan sahaja ingkar perintah mahkamah, malah kini menghilangkan diri dan tidak menjelaskan bayaran seperti diperintahkan.

"Sudahlah kami kerugian antara RM15,000 hingga RM50,000, malah terpaksa mengeluarkan puluhan ribu lagi membawa kes ini ke mahkamah, namun pengakhirannya begini," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, pihaknya berasa amat teraniaya dan seolah-olah tidak mendapat pembelaan sewajarnya.

"Bayangkanlah yang ditipu adalah warga emas yang bekerja sebagai nelayan, bekas guru dan pesara yang menggunakan simpanan seumur hidup untuk mengerjakan haji.

"Saya merayu kepada kerajaan supaya membantu bukan sahaja kami, malah ramai bakal haji yang ditipu," katanya.

Pada 29 Mac lalu, Mahkamah Tinggi Shah Alam dilaporkan memerintahkan syarikat Hajar Sazrul Travel & Tours Sdn Bhd (HSTT) membayar baki bayaran pakej haji menggunakan visa furada berjumlah RM634,000 kepada 25 bekas pelanggannya.

Mereka terdiri daripada kumpulan 15 individu yang berlepas ke Jeddah selepas menerima e-visa, namun terkandas di Lapangan Terbang King Abdul Aziz kerana visa terbabit adalah palsu.

Manakala 10 lagi belum berlepas kerana tidak menerima e-visa walaupun sudah menjelaskan semua bayaran pakej haji dalam insiden pada 2019.

Menerusi keputusan yang disampaikan secara dalam talian, Hakim Alice Loke Yee Ching dilaporkan memutuskan kesemua 25 individu selaku plaintif berjaya membuktikan tuntutan terhadap syarikat itu yang dinamakan sebagai defendan dalam saman berkenaan.

Pada Ogos 2019, media melaporkan seramai 26 rakyat Malaysia yang kononnya menerima visa Furada terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz, Jeddah selepas imigresen Arab Saudi mendapati nama mereka tiada dalam senarai visa haji.

Kesemua jemaah berkenaan dilaporkan gagal melepasi kaunter imigresen selepas imbasan terhadap e-visa terbabit memaparkan identiti individu berbeza.

Selepas 24 jam ditahan dan terpaksa tidur di atas lantai serta kerusi, kesemua jemaah diarah pulang ke Malaysia pada 7 Ogos 2019 selain wajib melaksanakan Tahallul Ihsar (denda) kerana tidak dapat menyempurnakan ibadah haji yang sudah diniatkan.

Menerusi laporan itu, mereka datang dalam satu kumpulan menaiki penerbangan komersial dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Sehubungan itu, pengurusan Hajar Sazrul Travel & Tours dilaporkan membuat laporan polis, susulan 26 jemaah Malaysia di bawah kendalian syarikat terbabit terkandas di Jeddah, Arab Saudi berhubung visa Furada dikatakan palsu.

Pengarahnya, Mohamad Sazrul Iqram Rozlan dilaporkan mendakwa, urusan visa Furada itu diuruskan oleh pegawai Kedutaan Arab Saudi di Malaysia.


Disiarkan pada: Oktober 28, 2024



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2024 08:16 PM | Show all posts
masih belum selesai ke kes dorang ni. tak berkat bila menipu orang. semoga semua mangsa dipermudah segala urusan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 05:08 AM GMT+8 , Processed in 0.048771 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list