CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 50878|Reply: 122

[Tempatan] “Kena Kecam Baru Tukar, Tak Fikir Perasaan Keluarga Mangsa” – Buat Akaun TikTok & Tulis Ayat ‘Kerat 8’.Netizen Minta Abah Hayat Diam

[Copy link]
Post time 16-10-2024 04:08 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Abahmung at 23-10-2024 12:40 PM

Abah Hayat terlepas tali gantung, kes bunuh kerat lapan 23 tahun lalu
Oleh NORLIDA AKMAR IDROS
16 Oktober 2024, 1:53 pm


Tangkap layar video ketika Khairul Anuar dibebaskan dari Penjara Pokok Sena pada 3 Oktober lalu.


ALOR SETAR – Seorang banduan hayat yang terbabit dalam kes pembunuhan kerat lapan di sini, 23 tahun lalu akhirnya dibebaskan dari Penjara Pokok Sena, dekat sini pada 3 Oktober lalu.

Khairul Anuar Zakaria, 64, menerusi akaun TikTok Abah Hayat Bkt Pinang menyifatkan tarikh 3 Oktober tersebut sebagai hari yang amat bersejarah dan bermakna dalam hidupnya.


Katanya yang dikenali dengan nama Abah Hayat, dia dibebaskan daripada hukuman pemenjaraan sepanjang hayat atas kesalahan membunuh seorang individu yang dikerat lapan pada 4 Jun 2001.


“Abah terbabit dalam satu kes pembunuhan potong lapan pada 4 Jun 2001. Pada pagi itu ditahan polis dan dibawa ke IPK (Ibu Pejabat Polis Kontinjen) di Alor Setar untuk tahanan dan soal siasat.

“Selepas dua minggu atau 14 hari ditempatkan di IPK, telah dibawa ke Penjara Alor Setar untuk tahanan reman di sana. Abah kemudian telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati dan ditempatkan di blok banduan akhir di Penjara Pokok Sena,” katanya menerusi video di akaun TikTok berkenaan.

Menurutnya, setelah meringkuk 10 tahun di dalam penjara, kes itu dibawa ke Mahkamah Rayuan, namun ditolak.

“Pada 2012 pula, abah ke Mahkamah Persekutuan buat rayuan kali kedua dan masih ditolak. Jadi abah dikekalkan sebagai banduan akhir sehingga membawa waktu kepada Mei 2018 yang mana kes abah telah dapat pengampunan daripada Tuanku Sultan Kedah.

“Daripada seorang banduan akhir abah telah ditukar kepada ‘title’ banduan hayat. Pada Februari 2024, kes abah dibawa ke Mahkamah Alor Setar semula kerana pihak pentadbiran Kerajaan Malaysia telah memansuhkan hukuman hayat ke atas semua banduan yang menetap dalam penjara di Malaysia ini,” jelasnya.

Rentetan itu, katanya, hukuman hayat tersebut digantikan dengan hukuman penjara selama 35 tahun dari tarikh tangkap iaitu pada 2001.

“Sehinggalah pada 3 Oktober lalu, abah telah dibebaskan selepas menjalani pemenjaraan selama 23 tahun empat bulan atas kapasiti berkelakuan baik. Itulah perjalanan abah ketika dalam penjara,” ceritanya.

Dalam video sama, dia turut memaklumkan akan meneruskan perkongsian tentang perjalanannya di dalam penjara serta rentetan kes berkenaan.

“Apa jua pun abah amat berharap akan dapat sokongan daripada semua pihak dan anak-anak semua. Tolonglah bagi sokongan kepada abah,” tambahnya.

Sementara itu, menjenguk ke ruangan komen, ramai yang memberi kata-kata semangat dan tidak kurang juga menyifatkan perbuatan tersebut sangat kejam.

“Alhamdulillah, syukur, gunakan peluang besar yang kedua ini untuk jadi lebih baik, insya-Allah” kata Izsivan.

“Abah hayat siapa tak kenal, saya pun banyak dapat ilmu daripada dia” dan ia diakui Bob Sampoi “Betul, masa aku dok blok dengan abah, dia banyak ajar aku cara sembahyang yang betul,” kongsi Bangcik.

“Assalamualaikum abah, saya pernah duduk bawah tangan abah di Pokok Sena. Atas ajaran abah sekarang saya dah pulih daripada semua kejahatan, terima kasih abah, semoga abah berjaya, nak sangat jumpa abah,” kata Acon Ceo. – KOSMO! ONLINE







This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2024 05:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Bunuh, kerat lapan: Seorang dihukum gantung, dua lagi bebas

MUHAMMAD Zaidi Mohd. Salleh (kiri) yang dibebaskan sempat berbual dan melambaikan tangan kepada rakannya, Khairul Anuar Zakaria, 48, yang dijatuhi hukuman gantung oleh Mahkamah Tinggi di Alor Star, semalam.

ALOR STAR 21 Sept. - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas seorang jurujual setelah didapati bersalah membunuh seorang tukang besi, Chuah Leng Hai, 38, tujuh tahun lalu, dengan tubuh mangsa dikerat kepada lapan bahagian.

Bagaimanapun, dua lagi tertuduh dalam kes itu, Ariffin Ahmad, 47, dan Muhammad Zaidi Salleh, 42, dibebaskan setelah didapati tidak bersalah.

Tertuduh pertama, Khairul Anuar Zakaria yang kini berusia 48 tahun didapati melakukan kesalahan itu di sebuah rumah No. 46 Taman Datuk Kumbar di sini antara pukul 5 pagi hingga 6.35 pagi, 4 Jun 2001.

Dia, yang melakukan kesalahan itu di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, kelihatan tenang ketika Hakim Datuk Wan Adnan Muhamad membacakan keputusan terhadapnya.

Sebelum keputusan dibacakan, tertuduh pertama, Khairul Anuar memohon untuk menyatakan sesuatu kepada mahkamah supaya hukuman ke atasnya diringankan.

Anak lelaki tunggal dalam keluarganya itu telah bersumpah dengan melafazkan: "Wallahi, Wabillahi, Watallahi bahawa saya tidak berniat untuk merancang pembunuhan si mati. Saya berada dalam keadaan tidak sedar semasa kejadian.

"Saya juga ingin memohon maaf kepada keluarga mangsa, sesungguhnya saya tidak berniat melakukannya," ujarnya.

Bagaimanapun, menurut Wan Adnan, mahkamah membuat keputusan berdasarkan keterangan kedua-dua belah pihak tanpa mengambil kira sumpah yang dibuat.

"Keputusan yang dibuat hanya berdasarkan keterangan yang tidak menimbulkan keraguan yang munasabah dan undang-undang semasa," katanya.

Beliau turut melepas dan membebaskan Ariffin dan Muhammad Zaidi kerana berdasarkan keterangan Khairul Anuar, kedua-dua tertuduh itu tidak terlibat kerana tidur waktu kejadian.

"Jadi keraguan munasabah timbul dan mereka dilepas serta dibebaskan," kata Wan Adenan.

Pada 4 April 2001, ketiga-tiga tertuduh didapati telah melakukan pembunuhan kejam ke atas seorang tukang besi, Chuah Leng Hai, dengan memotong tubuh mangsa kepada lapan bahagian di sebuah rumah No. 46 Taman Datuk Kumbar antara pukul 5 pagi hingga 6.35 pagi.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Murtazadi Amran, manakala peguam G. Ravishankar mewakili Khairul Anuar dan Burhanudeen Abdul Wahid mewakili Ariffin serta Muhammad Zaidi.

Sementara itu, selepas keputusan dibacakan hari ini, suasana di mahkamah agak kecoh apabila ibu tertuduh tidak dapat mengawal perasaannya.

Ibunya menyembah kaki Timbalan Pendakwa Raya, Murtazadi Amran yang hendak keluar dari mahkamah itu dan memohon hukuman ke atas anaknya diringankan.

"Tolonglah... hari baik bulan baik, bebaskan anak mak cik. Mak cik dah tua," rayunya kepada Murtazadi hanya terpaku berdiri.

Melihatkan situasi itu anak-anak wanita berkenaan menariknya dan kejadian tersebut berlaku ketika hakim telah memasuki kamarnya.
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2024 09:19 AM | Show all posts
Boleh baca written judgement court of appeal kes ni... Cerita ada campur karut marut sikit... Pelik bin ajaib sikit...

https://www.yumpu.com/id/documen ... -jenayah-alor-setar

High court - hukuman mati
Appeal court - kekal hukuman mati
Federal court - kekal hukuman mati
Lembaga Pengampunan sultan kedah - hukuman mati ditukar kepada hukuman hayat
High court - hukuman hayat dimansuh tukar kepada hukuman penjara 35 tahun
3 Okt 2024 - dibebeaskan selepas 23 tahun empat bulan atas kapasiti berkelakuan baik
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2024 02:07 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2024 11:00 AM | Show all posts
Edited by Abahmung at 23-10-2024 11:11 AM

“Kena Kecam Baru Tukar, Tak Fikir Perasaan Keluarga Mangsa” – Buat Akaun TikTok & Tulis Ayat ‘Kerat 8’ Netizen Minta Abah Hayat Diam





Melalui platform media sosial, beberapa netizen telah meluahkan rasa kurang senang selepas menemui akaun TikTok bekas banduan kes pembunuhan 23 tahun lalu yang dikenali sebagai Abah Hayat.

Bangga tulis ‘kerat 8’ di bio akaun TikTok?



Kebanyakan netizen mendakwa Abah Hayat atau nama sebenarnya, Khairul Anuar bangga serta belum insaf atas perbuatan jenayah yang dilakukan biarpun sudah dibebaskan 3 Oktober lalu.

Lagi menaikkan amarah orang ramai selepas bio di akaun TikToknya tertulis ayat ‘Kes Pembunuhan Kerat 8’ berserta emoji api.



Bahkan, bekas banduan tersebut dikatakan sudah membuat siaran langsung di platform media sosial tersebut dan bangga menulis perkataan sedemikian di bio akaun itu.

Lepas kena kecam, baru tukar.. Tak fikir langsung perasaan keluarga mangsa bunuh tu.. Kalau diam-diam mulakan hidup baru, mungkin tak kena herdik.

Tak selari dengan kata-kata sudah bertaubat lepas membunuh

Meninjau di ruangan komen ciapan berang seorang pengguna di X itu, rata-rata netizen menyifatkan tindakan banduan tersebut tidak selari dengan kata-katanya mengenai sudah bertaubat atas dosa melakukan pembunuhan kerana kelakuannya seperti tiada apa-apa yang pernah berlaku. - beautifulnara.com







Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2024 04:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Seram jugak tp harapnya dah betul2 insaf n ajak org ke arah kebaikan pulak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-10-2024 04:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Skuau at 16-10-2024 04:32 PM

ok..kita dah dgr 'luahan rasa' di satu pihak...yg kita belum dgr...'luahan rasa' di pihak(saudara mara,keluarga) 'mangsa' pulak...
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2024 04:32 PM From the mobile phone | Show all posts
2001...tahun sama Mona Femdey kena gantung
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2024 04:33 PM | Show all posts
sbb ape kene kerat 8 tu kalu tgk komen kt tiktok smua puji2 dia ni sorg yg baik
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2024 04:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Kes ape bnuh kerat2 ni tahun 2001 i bru msuk sekolah rendah. skrng dah kluar penjara cmna ya pnerimaan ank2   pakcik tidur mlm xtngiang2 tbyang ke memori tgh ptong kerat mnusia  
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2024 05:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Amboi kuar jail terus dah ada tiktok
Tp apa nak pelik kat tt mmg ramai bekas banduan bagai nih
Lagipun ummah tiktok mesra penjenayah, “sentiasa ada peluang kedua” “cuba bayangkan kalau anak kita yang kena”
“Bukan semua yang masuk penjara tu jahat”
“Dia ni baik dulu masa kat dlm, penahla satu sel ngan dia”
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2024 05:12 PM From the mobile phone | Show all posts
mesti keluarga mangsa sedih
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2024 05:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Lepas ni boleh la jadi artis, dah femes..excon disanjung2...kesian yg mati kena bunuh tu nak bertaubat pun x sempat...mayat pun x sempurna
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2024 05:15 PM From the mobile phone | Show all posts
any42 replied at 16-10-2024 04:42 PM
Kes ape bnuh kerat2 ni tahun 2001 i bru msuk sekolah rendah. skrng dah kluar penjara cmna ya pnerima ...

Dia bunuh tukang besi, bangsa cina
Katanya masa buat tu dlm keadaan tak sedar(high)
Ada kat google dan kat forum pun ada berita pasal ni kat thread kisah pembunuhan dan tragedi menggemparkan negara.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2024 05:16 PM | Show all posts
tak ingat baca komen tadi dlm fb or tiktok,katanya yg dia kerat tu ahlong.
tp tak pasti la.kena cari balik cerita sebenar or komen2 orang
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2024 06:02 PM | Show all posts
Suchi replied at 16-10-2024 05:09 PM
Amboi kuar jail terus dah ada tiktok
Tp apa nak pelik kat tt mmg ramai bekas banduan bagai nih
Lagip ...

mcm alice yg dulu viral kes cium roti auntie anne tu la kan. nak sgt dikasi peluang kedua, dpt keje kfc first day terus viral die kene gangguan seksual kat situ.

iols kalau mcm kes pakcik yang bunuh pencuri yang masuk rumah dia tu iols setuju la jugak kalau kasi peluang kedua. kalau mcm ni kerat 8 ape motif die sampai nak kerat-kerat mayat pulak. huhuhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2024 06:04 PM | Show all posts
“Abah hayat siapa tak kenal, saya pun banyak dapat ilmu daripada dia” dan ia diakui Bob Sampoi “Betul, masa aku dok blok dengan abah, dia banyak ajar aku cara sembahyang yang betul,” kongsi Bangcik.


ilmu ape die ajar ni seram pulak aku.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2024 06:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by edayildiz at 16-10-2024 06:26 PM

tapi tkt la kalau kita tahu org tu pembunuh...dh la kes kerat..
kalau terbunuh tanpa sengaja tu mayb kurang sikit rasa tkt..
btw muka arwah mona fen tu pun  i sgt tkt huhu..kalau ada thread psl arwah dlu..i nk baca..i akan ttp kt bahagian gmbr
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2024 06:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Acaner la orng yg 'TAK SEDAR'...boleh kerat orng sampai 8???
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2024 06:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Pd iols masih dianggap kejam sbb kerat 8.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2024 06:31 PM From the mobile phone | Show all posts
tak sedar (high) terbunuh tu iols blh terima lagi tapi lepas bunuh gigih kerat 8 tu mmg confirm tak sedar ke??
entah laa...kalau iols mmg takkan bg keluar org camni, patutnya hukum gtg je cepat2 dulu.

elok plak dah keluar ni geng2 sepenjara kan main komen itu ini kat tiktok. sakan ya dah tua bangka baru keluar penjara bertiktok bagai.
blh buat reunion la ye pasni.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2024 06:33 PM From the mobile phone | Show all posts
'Selamat datang ke Malaysia'...tuan2,puan2...
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2024 06:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Dh mcm ayam kerat lapan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 11:46 PM GMT+8 , Processed in 0.122631 second(s), 39 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list