CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16074|Reply: 0

[Johor] Mangsa akhir kebakaran gudang meninggal dunia

[Copy link]
Post time 15-10-2024 06:53 AM | Show all posts |Read mode

KEBAKARAN empat gudang di Kawasan Perindustrian SILC, Iskandar Puteri, Khamis lalu. FOTO Tular

Johor Bahru : Mangsa terakhir kebakaran empat gudang di Kawasan Perindustrian SILC, Iskandar Puteri di sini, Khamis lalu disahkan meninggal dunia pada tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan berkata, mangsa yang merupakan pekerja warganegara Bangladesh itu disahkan meninggal dunia pada jam 12.50 tengah malam.

"Mangsa yang berumur lingkungan 20 tahun meninggal dunia disebabkan kecederaan terbakar yang teruk (severe burn injury)."

"Mangsa sebelum ini dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA) bersama dua rakan sekerjanya yang juga warganegara Bangladesh. Dua rakan mangsa berusia 30 hingga 40 tahun disahkan maut pada Jumaat dan kelmarin.

"Kematian ketiga-tiga mangsa diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR)," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Khamis lalu, empat gudang di kawasan Perindustrian SILC Iskandar Puteri terbakar hingga menyebabkan tiga pekerja warga asing lelaki melecur teruk.

Kebakaran tersebut menyebabkan tiga gudang itu terbakar 80 peratus, manakala sebuah lagi mengalami kerosakan 10 peratus.

Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Johor masih menjalankan siasatan secara terperinci bagi mengesan punca sebenar kebakaran empat gudang tersebut.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 05:09 AM GMT+8 , Processed in 0.038405 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list