CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15271|Reply: 2

Seorang mati, 60 cedera naik ‘karpet terbang’

[Copy link]
Post time 15-8-2024 03:49 PM | Show all posts |Read mode

Eskalator ‘permaidani ajaib’ membawa pelancong naik ke puncak bagi menikmati pemandangan indah Air Terjun Detian. - Xiaohongshu/Weibo


BEIJING  –  Pihak berkuasa China menahan beberapa individu berikutan insiden berdarah di sebuah lokasi pelancongan popular di Jeram Detian dalam wilayah autonomi Guangxi Zhuang, lapor saluran berita Channel NewsAsia semalam.
Nahas pada 10 Ogos lalu itu melibatkan struktur menyerupai eskalator digelar ‘permaidani ajaib’ yang mengalami kegagalan fungsi.

Alat tersebut digunakan sebagai ‘pengangkutan’ untuk membawa pelancong mendaki gunung bagi menikmati pemandangan indah Air Terjun Detian yang terletak di sempadan China dan Vietnam.

Beberapa individu yang terlibat ditahan polis, kata pegawai tempatan dalam satu kenyataan kelmarin sambil menambah, siasatan sedang dilakukan.
Polis bagaimanapun tidak menyatakan bilangan individu yang ditahan atau identiti mereka.
Kenyataan itu juga menjelaskan lebih lanjut mengenai punca kemalangan, dengan menyatakan bahawa siasatan awal menunjukkan terdapat keretakan pada ‘sambungan engsel’ semasa alat itu beroperasi.

Menurutnya, alat tersebut yang sedang bergerak pada arah mendaki, secara tiba-tiba memecut ke arah berlawanan.
Ia menyebabkan orang ramai berlanggar antara satu sama lain dan membawa kepada kecederaan dan kematian.

Dalam kejadian itu, seorang meninggal dunia, manakala 60 yang lain cedera dengan seorang daripada mereka parah.
Tarikan pelancongan  itu kini ditutup untuk tujuan penyelenggaraan dan pemeriksaan peralatan, manakala pihak pengurusan mengucapkan takziah dan memohon maaf kepada mangsa yang cedera dan keluarga mereka. – AGENSI


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-8-2024 07:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Bahayanya. Aduh. Hati2 semua
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2024 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
sape penah naik escalator yg naik gunung tu?
tepikior ape tak gayat ke komerrr
bontang rope itu aje kan naik ke atas nun
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 05:55 PM GMT+8 , Processed in 0.282309 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list