CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 43359|Reply: 1

[Johor] Rumah itu terpahat sejarah hitam' - Bapa

[Copy link]
Post time 15-8-2024 12:43 AM | Show all posts |Read mode

Nor Hasyim Tahir
Muar: Bapa kepada Allahyarham Noradriana, 11, yang terkorban dalam kejadian bunuh dan bakar di Kampung Paya Redan, Jumaat lalu enggan datang ke rumah terbabit kerana sejarah hitam terpahat dalam ingatannya.

Nor Hasyim Tahir, 43, yang kini berulang-alik setiap hari dari tempat kerjanya di Pagoh Jaya, di sini, ke Melaka, berkata jika pulang ke kampung terbabit, dia akan menangis apabila terkenang anak perempuannya itu.

"Saya tidak mahu pulang ke sana (Kampung Paya Redan) lagi kerana ada sejarah hitam tercatat. Saya tidak boleh melupakan peristiwa itu yang menyebabkan anak tunggal saya pergi buat selama-lamanya.

"Jika saya pulang dan ternampak kanak-kanak sebaya arwah Noradriana, saya akan menangis. Biarlah saya duduk di sini (Melaka) dan berulang-alik ke tempat kerja setiap hari.

"Ketika ini, saya masih terkejut dengan tragedi yang turut mengorbankan ibu bapa mentua (Mohamed Nor Mohamed Yassin dan Ara Abd Hamid)," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Katanya, dia memerlukan masa untuk menerima kenyataan bahawa pemergian anak tunggalnya tidak akan kembali lagi.

"Buat masa ini saya reda dengan pemergian Noradriana, cuma saya perlukan sokongan untuk menempuh semua ini," katanya.

Dalam kejadian 1.30 pagi itu, tiga sekeluarga meninggal dunia selepas disyaki dibunuh sebelum rumah dibakar.

Ketika kejadian, Nor Hasyim berada di Kelantan kerana menghantar barangan sebelum bergegas pulang sebaik menerima berita sedih itu.

Anaknya mengalami kecederaan parah di muka dan kepala, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), di sini.






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2024 03:42 PM | Show all posts
kesiannya, anak tunggal dia.. msti manja sgt dgn ayah kan... dah la bini pun meninggal... smoga allah tabahkan hati abang ni..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 05:50 PM GMT+8 , Processed in 0.052748 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list