CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5314|Reply: 1

[Negeri Sembilan] Pengembala kambing mengaku tak bersalah tangkap, simpan harimau kumbang

[Copy link]
Post time 8-8-2024 01:56 PM | Show all posts |Read mode


Mohd Firdaus Bin Mohd Lani, 40, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas dua pertuduhan masing-masing menangkap dan menyimpan harimau kumbang, Mac lalu. FOTO AHMAD HASBI

Seremban: Pengembala kambing dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas dua pertuduhan masing-masing menangkap dan menyimpan harimau kumbang, Mac lalu.

Tertuduh, Mohd Firdaus Mohd Lani, 40, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohamad Kamil Nizam.


Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menyimpan seekor harimau kumbang di dalam sangkar kecil yang menyebabkan kesakitan terhadap hidupan liar itu.

Mohd Firdaus didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 86(1)(c) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 86(1) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar (Pindaan) 2022 (Akta A1646).


Jika sabit kesalahan, dia boleh didenda tidak kurang RM50,000 dan tidak lebih RM100,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa menangkap seekor harimau kumbang pada 22 Mac lalu untuk melindungi haiwan ternakan dan dengan kelengahan telah gagal untuk melaporkan kejadian itu kepada Pegawai Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Semenanjung Malaysia, termasuk spesies hidupan liar dan kerosakan.


Justeru, tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 54(3) Akta 716 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 54(4) Akta A1646 dan jika disabitkan kesalahan, dia boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Kedua- dua kesalahan itu dilakukan di sebuah kebun getah dekat Kampung Terentang, Batu Kikir, Kuala Pilah, kira-kira jam 4 petang, 27 Mac lalu.


Pegawai Pendakwa Perhilitan Gilmoore G Bolongon mencadangkan jaminan sebanyak RM3,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin.


Tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon jaminan rendah kerana bekerja sebagai pengembala kambing dengan pendapatan kasar RM1,000 sebulan selain perlu menanggung tiga anak yang masih bersekolah.

Mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM4,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan syarat tertuduh perlu melapor diri di balai polis terdekat setiap bulan dan dilarang mengganggu saksi.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 25 September ini.

sumber



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2024 11:42 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 05:45 PM GMT+8 , Processed in 0.189456 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list