CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5290|Reply: 1

[Johor] Kerja sambilan punya hal, lesap RM126,490

[Copy link]
Post time 10-7-2024 08:22 AM | Show all posts |Read mode


GAMBAR HIASAN

Johor Bahru : Hasrat seorang suri rumah untuk bekerja sambilan terkubur apabila ia akhirnya membawa kepada dirinya kerugian sebanyak RM126,490 akibat terpedaya dengan tawaran pekerjaan dalam talian.

Wanita tempatan berusia 44 tahun yang sebelum ini bekerja di sebuah kilang percetakan mendakwa ditipu seorang kenalan alam maya.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, wanita berkenaan membuat laporan polis pada Jumaat lalu selepas menyedari dirinya ditipu apabila tidak menerima bayaran komisen selepas berjaya menjual pakej bilik hotel yang ditawarkan suspek.

"Mangsa mendakwa suspek menawarkan kerja sambilan secara dalam talian pada awal Μei lalu.

"Mangsa hanya perlu mendaftar di pautan yang diberikan seterusnya menjual pakej bilik hotel yang berada di laman web, kemudian perlu membuat bayaran modal mengikut arahan suspek.

"Mangsa dijanjikan komisen sehingga 15 peratus daripada harga pakej sekiranya berjaya menjual pakej hotel lima bintang dan 10 peratus sekiranya berjaya menjual pakej hotel kurang daripada lima bintang," katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, mangsa yang tertarik dengan komisen yang dijanjikan dan tugasan yang mudah telah mendaftarkan diri dan antara 17 Mei lalu hingga 28 Mei lalu, mangsa membuat 17 kali transaksi pindahan wang secara dalam talian ke dalam enam akaun bank berbeza.

Katanya, keseluruhan wang yang dipindahkan mangsa adalah berjumlah RM126,490 dan ia sebagai modal pelaburan dan bayaran cukai keuntungan bagi mengeluarkan semula modal pelaburan.

"Pada mulanya, mangsa berjaya menjual pakej hotel sehingga memperoleh komisen melebihi 100 peratus nilai modal yang mana keuntungan itu boleh dilihat di akaun mangsa dalam laman web berkenaan.

"Itu menyebabkan mangsa menggandakan lagi jumlah modal, namun akhirnya sedar ditipu apabila tidak dapat mengeluarkan komisen yang diterima, sebaliknya suspek mengarahkan mangsa membuat bayaran tambahan," jelasnya.

Mohd Sohaimi berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan pihaknya turut menjalankan siasatan bagi mengesan sama ada kes membabitkan pembabitan 'keldai akaun'.

"Sekiranya ada (keldai akaun), tindakan akan diambil terhadap pemilik akaun yang terbabit," tegasnya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2024 10:17 AM | Show all posts
sejak dah benti ni hp asyik berdering.. scammer ni mcm tau2 kita dah bersara eks
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:18 PM GMT+8 , Processed in 0.067315 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list