CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2214|Reply: 0

[Pulau Pinang] Umum peruntukan menjelang PRK tidak beretika - Muda Pulau Pinang

[Copy link]
Post time 14-6-2024 04:07 PM | Show all posts |Read mode
Umum peruntukan menjelang PRK tidak beretika - Muda Pulau Pinang

OlehSYAJARATULHUDA MOHD ROSLI

14 Jun 2024 03:25pm








Danial




GEORGE TOWN - Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) Pulau Pinang menyelar tindakan beberapa pemimpin kerajaan yang didakwa menggunakan peruntukan daripada Pusat sebagai 'gula-gula' menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap, pada Julai nanti.

Ketua Penerangan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) Pulau Pinang, Danial Abdul Majeed berkata, tindakan pengumuman peruntukan RM290,000 kepada sembilan masjid dan 20 surau di kawasan Sungai Bakap pada 11 Jun lalu jelas menunjukkan ia adalah tindakan untuk menarik undi.



Menurutnya, selain pengumuman itu, pada hari sama, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) turut mengumumkan peruntukan hampir RM18 juta bagi melaksanakan 10 projek pembangunan infrastruktur awam di kawasan Seberang Perai.

"Menteri dan Exco kerajaan negeri harus tahu batasan mereka dalam tempoh pilihan raya ini. Tindakan pengumuman peruntukan yang dibuat baru-baru ini jelas sebagai gula-gula pilihan raya.

"Ini bukan kali pertama kerana Menteri KPKT juga mengumumkan peruntukan RM5.21 juta kepada Majlis Perbandaran Hulu Selangor menjelang PRK Kuala Kubu Bharu.

"Oleh itu, Muda Pulau Pinang menyelar tindakan menggunakan sumber kerajaan ini untuk menarik undi," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Tambah Danial, penggunaan dana kerajaan sebagai gula-gula ketika pilihan raya adalah tindakan tidak beretika.

"Pakatan Harapan dahulu pernah mengutuk perbuatan ini ketika mereka menjadi pembangkang. Bagaimanapun kini, mereka pula menggunakan taktik yang sama apabila memegang kuasa kerajaan.




"Budaya seperti ini perlu dihentikan segera agar proses pilihan raya berjalan secara adil dan saksama. Muda Pulau Pinang meminta rakyat agar bijak dalam menilai dan membuat keputusan nanti," katanya.

Selasa lalu, KPKT memperuntukkan hampir RM18 juta bagi melaksanakan 10 projek pembangunan infrastruktur awam di kawasan Seberang Perai yang meliputi kategori bina baharu, baik pulih pembangunan, kerja-kerja menaik taraf landskap serta penyaluran peruntukan kepada enam Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI).

Pada hari sama, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan sebanyak RM290,000 kepada sembilan masjid dan 20 surau di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.

Sumbangan sempena perayaan Aidiladha itu disampaikan oleh Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin di Masjid Abu Ubaidah Ibni Al-Jarrah, Bandar Tasek Mutiara.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-9-2024 04:37 AM GMT+8 , Processed in 0.223471 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list