CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1551|Reply: 0

[Sarawak] Khianat dan ugut bunuh ibu, penganggur didenda RM6,000

[Copy link]
Post time 12-6-2024 09:07 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Seorang penganggur didenda RM6,000 atau penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas kesalahan merosakkan barangan milik ibunya dan mengugut untuk membunuhnya.

Majistret Zubaidah Sharkawi menjatuhkan hukuman itu terhadap Hasbi Jemi, 30, selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah.

Dia melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Kampung Bintawa Tengah di sini pada 6 Jun 2024.

Berdasarkan fakta kes, abang Hasbi yang sedang bekerja menerima panggilan daripada ibunya berusia 68 tahun yang memberitahu Hasbi mengamuk dan memecahkan barangan seperti televisyen, pasu, tong sampah, pinggan mangkuk dan perabot rumah.

Anggaran kerugian ialah RM2,500.

Ketika kejadian, Hasbi turut mengugut ibunya dengan mengatakan akan membunuhnya jika enggan memberi wang.

Abang Hasbi segera membuat laporan polis yang membawa kepada penahanannya pada hari yang sama sekitar jam 3.58 petang.

Siasatan mendapati Hasbi positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine serta berada di bawah pengaruh dadah semasa kejadian.

Kes itu dikendalikan ASP Arman Ibrahim manakala Hasbi tidak diwakili peguam.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-9-2024 05:48 AM GMT+8 , Processed in 0.136032 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list