CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3166|Reply: 0

[Sarawak] Sarawak mahu bangun industri perlombongan mineral berdasarkan prinsip ESG dan SDG

[Copy link]
Post time 9-6-2024 07:26 PM | Show all posts |Read mode


Awang Tengah (lima kiri) bersama delegasi Sarawak semasa pertemuan bersama wakil dari Persatuan Perlombongan Kanada di Vancouver, Kanada pada Jumaat.

KUCHING: Sarawak berhasrat untuk membangunkan industri perlombongan mineral menjadi ekonomi bertenaga berdasarkan prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) dan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).

Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, industri berkenaan merupakan salah satu sektor ekonomi utama di bawah Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.

Beliau berkata demikian semasa mengetuai delegasi Sarawak dalam pertemuan bersama Persatuan Perlombongan Kanada di Vancouver, Kanada pada Jumaat.
Menurutnya, British Columbia ialah hab perlombongan mineral di Kanada yang menyumbang ketara kepada ekonomi Kanada.

Katanya, sektor perlombongan di British Columbia telah mencipta lebih daripada 40,000 pekerjaan dan menjana $7.4 bilion kepada KDNK yang mana $3.7 bilion telah dibelanjakan untuk pembangunan, khususnya untuk meningkatkan kehidupan 'First Nation People' atau penduduk asli Kanada.

Persatuan Perlombongan British Columbia katanya, memainkan peranan penting dalam mengubah sektor perlombongan menjadi industri yang dinamik dan tercanggih, inklusif dan bertanggungjawab selaras dengan prinsip ESG dan SDG.

“Ini telah dicapai melalui penglibatan aktif persatuan perlombongan dalam penggubalan rangka kerja undang-undang dan hala tuju dasar industri perlombongan di Kanada.

“Sarawak berhasrat untuk membangunkan industri perlombongan mineral menjadi ekonomi bertenaga berdasarkan prinsip ESG dan SDG. Ia merupakan salah satu sektor ekonomi utama di bawah PCDS 2030,” katanya.

Awang Tengah berkata, sesi libat urus dan perkongsian bersama Persatuan Perlombongan British Columbia telah memberikan pandangan kepada perwakilan dalam penggubalan dasar, strategi dan hala tuju perlombongan Sarawak serta rangka kerja perundangan dan institusi yang diperlukan.

Persatuan Perlombongan British Columbia katanya, turut menyatakan minat mereka untuk bekerjasama dan melabur dalam pembangunan industri mineral di Sarawak.

Delegasi turut mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Vancouver.

Konsulat Jeneral Malaysia akan bekerjasama dengan kerajaan Sarawak untuk mempromosikan peluang perdagangan, pelaburan dan pelancongan di Sarawak.

Turut menyertai delegasi tersebut ialah Timbalan Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Datuk Len Talif Salleh, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali dan pegawai kanan kerajaan yang lain.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-9-2024 08:37 PM GMT+8 , Processed in 0.065627 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list