CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5001|Reply: 0

[Johor] 'Selepas jalani hukuman ini, pergilah jenguk anak itu' - Hakim

[Copy link]
Post time 9-6-2024 04:22 PM | Show all posts |Read mode
Muar: "Selepas jalani hukuman ini, pergilah jenguk anak itu. Kamu kena ingat, dia tetap anak kamu kerana DNA (asid deoksiribonukleik) sepadan dengan kamu," kata Hakim Mahkamah Sesyen Muar Abu Bakar Manat ketika prosiding menjatuhkan hukuman terhadap seorang pembantu kedai kopitiam yang dituduh merogol pelajar hingga melahirkan bayi.

Tertuduh, 19, sebelum itu mengaku bersalah sejurus pertuduhan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaaan dibaca dalam bahasa Mandarin oleh jurubahasa hari ini.

Dalam prosiding itu, mahkamah mengarahkan tertuduh menjalani hukuman di Sekolah Henry Gurney di Melaka sehingga usianya mencecah 21 tahun.

Mahkamah membuat keputusan itu berikutan kejadian rogol berlaku ketika tertuduh masih bawah umur iaitu 17 tahun.

Dalam prosiding itu, Abu Bakar juga menasihatkan tertuduh supaya berubah selepas menjalani hukuman memandangkan dia masih muda.



Tertuduh (tengah) diiringi polis selepas Mahkamah Sesyen Muar mengarahkannya menjalani hukuman di Sekolah Henry Gurney. FOTO Alias Abd Rani

"Mahkamah mengambil kira pengakuan salah dan kamu didapati bersalah, justeru mahkamah memutuskan kamu dihantar ke Sekolah Henry Gurney selari dengan Seksyen 76 Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611).

"Kamu juga diarahkan menjalani pengawasan polis selama setahun sebaik selesai menjalani hukuman mengikut Seksyen 27 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017," katanya.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa merogol kenalannya berusia 14 tahun ketika kejadian di rumahnya di Batu Pahat, Januari tahun lalu.

Bagi kesalahan ini, tertuduh boleh dipenjara selama tempoh tidak melebihi 20 tahun dan juga boleh dikenakan sebatan.

Remaja terbabit dilaporkan melahirkan bayi lelaki pada 14 Oktober tahun lalu. Bayi terbabit kini dalam jagaan kakak mangsa yang turut dijadikan anak angkat.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Danial Munir manakala tertuduh diwakili Amalia Marsita Hamdan daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... nguk-anak-itu-hakim
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 05:57 PM GMT+8 , Processed in 0.050840 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list