CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5017|Reply: 0

[Kelantan] Bunuh Ketua Wanita Umno Kampung Bakau Tinggi, pemandu jengkaut dipenjara 38 tahun, 12 sebatan

[Copy link]
Post time 17-4-2024 02:41 PM | Show all posts |Read mode

ZULHISHAM Fadly terlepas hukuman mati selepas Mahkamah Tinggi di sini, menggantikan hukuman itu dengan penjara 38 tahun dan 12 sebatan kerana membunuh seorang wanita, 16 tahun lalu di kebun buah naga di Bukit Tebuan, Jalan Bukit Takal, Ibok, Terengganu. FOTO Nik Abdullah Nik Omar

Kota Bharu: Seorang pemandu jengkaut terlepas hukuman mati selepas Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, menggantikan hukuman itu dengan penjara 38 tahun dan 12 sebatan kerana membunuh seorang wanita, 16 tahun lalu.

Panel tiga hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat dalam keputusan sebulat suara mengetepikan hukuman mati terhadap Zulhisham Fadly Mohamad, 43, yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 17 April 2011.

Keputusan itu dibuat selepas mahkamah menerima permohonan tertuduh yang dibuat mengikut Seksyen 3(1) Akta Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) 2023.

Zulhisham Fadly membuat permohonan semakan semula hukuman mati bertarikh 21 September 2023.

Sebelum itu, Zulhisham Fadly dijatuhi hukuman gantung oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 17 April 2011 selepas didapati bersalah membunuh seorang wanita yang juga pemandu van sekolah, Zaiton Muhamad, 55.

Kejadian itu dilakukan di kebun buah naga di Bukit Tebuan, Jalan Bukit Takal, Ibok, Terengganu antara 10.30 pagi hingga 1 tengah hari, 16 April 2008, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, pada 16 April 2008.

Berdasarkan fakta kes, Zulhisham Fadly didakwa membunuh dan mengebumikan Zaiton, Ketua Wanita Umno Cawangan Kampung Bakau Tinggi, di kebun milik Majlis Perbandaran Kemaman dan kereta mangsa yang dikemekkan ditanam di tapak semaian bunga di Kampung Mak Chili, kira-kira 14 kilometer dari tempat mayatnya ditemui.

Mayat Zaiton ditemui pada 21 April 2008, enam hari selepas kehilangannya dilaporkan kepada polis oleh anggota keluarga mangsa.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Fuad Abdul Aziz, manakala tertuduh diwakili peguam, Mazlan Md Zain.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama 38 tahun kepada Zulhisham Fadly bermula dari tarikh tangkap pada 21 April 2008 dan 12 sebatan.

Pada Persidangan Mahkamah Persekutuan yang diadakan di Mahkamah Tinggi Kota Bharu hari ini, seramai 27 lagi tertuduh termasuk membabitkan kesalahan dadah diketepikan hukuman mati melalui semakan semula hukuman mati.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ngkaut-dipenjara-38

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 05:26 AM GMT+8 , Processed in 0.039232 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list