CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4258|Reply: 0

[Johor] Pekerja kedai makan mengaku rogol kenalan di hotel bajet

[Copy link]
Post time 1-4-2024 12:51 PM | Show all posts |Read mode

Tertuduh Muhamad Raffie mengaku rogol kenalan di hotel bajet Batu Pahat, bulan lalu. - Foto NSTP/Alias Abd Rani

MUAR: Pekerja kedai makan mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan merogol kenalan selepas memberikannya rokok elektrik disyaki mengandungi bahan mengkhayalkan di sebuah hotel bajet, Jalan Sultanah, Batu Pahat, bulan lalu.

Tertuduh Muhamad Raffie Md Elias ,19, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.

Sebelum itu, mahkamah terpaksa menangguhkan seketika selepas tertuduh hanya berdiam diri walaupun beberapa kali ditanya sama ada mahu mengaku bersalah atau tidak terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa merogol kenalan berusia 15 tahun lima bulan di hotel bajet, pada jam 1.30 pagi, 23 Mac lalu.


Hukuman bagi kesalahan ini ialah tertuduh boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan juga dikenakan sebatan.

Berdasarkan laporan polis, mangsa dibawa tertuduh menaiki motosikal sebelum singgah di hotel terbabit.

Ketika berada dalam bilik hotel, mangsa diberikan rokok elektronik yang disyaki mengandungi bahan mengkhayalkan menyebabkan dia separuh sedar.

Kesempatan itu diambil tertuduh melakukan perbuatan terbabit, dan satu laporan polis dibuat sebaik mangsa menceritakan kejadian itu kepada rakannya.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Danial Munir manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, pihak pendakwaan memberitahu mahkamah tiada jaminan ditawarkan terhadap tertuduh memandangkan kes ini amat serius.

Selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak, mahkamah menetapkan 5 Mei ini untuk sebutan semula kes, laporan sosial daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), fakta dan juga hukuman terhadap tertuduh.

Mahkamah juga memutuskan tiada tawaran jaminan diberikan dan ini bermakna tertuduh ada dimasukkan ke Pusat Koreksional Muar sementara menunggu hukuman.
https://www.bharian.com.my/berit ... alan-di-hotel-bajet

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-9-2024 07:08 PM GMT+8 , Processed in 1.073102 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list