CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4964|Reply: 0

[Kelantan] Rumah kosong jadi lokasi transit seludup petrol, diesel

[Copy link]
Post time 14-2-2024 03:56 PM | Show all posts |Read mode

SEJUMLAH tong plastik yang mengandungi 375 liter petrol dan 75 liter diesel serta kereta jenis Proton Saga yang ditemui di sebuah rumah kosong yang dijadikan lokasi transit di Kampung Geting, Pengkalan Kubor. FOTO Ihsan KPDN

Tumpat: Sebuah rumah kosong di Kampung Geting, Pengkalan Kubor di sini, dijadikan lokasi transit penyimpanan petrol dan diesel untuk diseludup ke Thailand.

Menerusi serbuan yang dijalankan pegawai dan anggota Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan bersama Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengkalan Kubor semalam, sebanyak 375 liter petrol dan 75 liter diesel ditemukan dalam sejumlah tong plastik.

Pengarah KPDN Kelantan Azman Ismail berkata, pihaknya mengesan berlaku penyimpanan barang kawalan di rumah berkenaan melalui risikan sebelum menjalankan serbuan pada 11 pagi semalam.

"Kami menjumpai 375 liter petrol dan 75 liter diesel dalam beberapa tong plastik yang diletakkan di sekitar rumah kosong itu.



"Turut dijumpai sebuah kenderaan jenis Proton Saga berpendaftaran tempatan dengan tangki minyaknya sudah diubah suai," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Azman berkata, modus operandi yang dijalankan adalah dengan membuat pengisian diesel dan petrol secara berulang di beberapa stesen minyak sekitar Tumpat sebelum menyimpan bekalan itu di rumah kosong sebagai lokasi transit.

Katanya, barang kawalan itu akan dibawa ke mana-mana pangkalan haram berhampiran sebelum dibawa ke Thailand menggunakan bot menerusi Sungai Golok.

Kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ludup-petrol-diesel

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-9-2024 05:36 AM GMT+8 , Processed in 0.037860 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list