CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22605|Reply: 0

[Sarawak] Bawa lebih ramai peserta MICE ke Sarawak

[Copy link]
Post time 14-2-2024 12:45 AM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Pejabat Perdagangan dan Pelancongan Sarawak Singapura (Statos) merancang untuk membawa lebih ramai peserta Mesyuarat, Insentif, Persidangan dan Pameran (MICE) dari Singapura ke negeri ini untuk tujuan pelancongan perniagaan.

Ketua Pegawai Operasi Statos Chew Chang Guan berkata, pihaknya melihat terdapat potensi untuk menjalinkan kerjasama dengan persatuan dan kelab yang berpangkalan di Singapura.

Ini kerana katanya, pengembaraan secara bebas tanpa perlu melalui agensi pelancongan kini menjadi trend dalam kalangan pengembara Singapura.
“Pengembara yang datang ke Sarawak ataupun Malaysia adalah bebas dan ini adalah trend dari Singapura kecuali MICE.

“Kita akan bekerjasama dengan BES Sarawak, sekiranya ada potensi dari sesebuah persatuan atau kelab yang berminat, kita juga berminat untuk bekerjasama dengan mereka.

“Dengan itu diharapkan dapat menarik lebih banyak kumpulan  MICE datang ke Sarawak,” katanya dalam wawancara baru-baru ini.

Dalam pada itu, Chang Guan berkata, Statos akan menganjurkan pelbagai acara dalam usaha untuk mempromosi produk Sarawak dan destinasi pelancongannya.
Katanya, acara seperti Food Hotel Asia akan diadakan pada 1 hingga 3 Mac ini serta Festival Kembara Matta dan Festival Borneo yang turut melibatkan kerjasama dengan Sabah.

Di samping itu tambahnya, Statos juga memberi tumpuan untuk membawa sekolah dari Singapura untuk pembelajaran silang budaya mengenai perniagaan dan perdagangan ke Sarawak.

“Saya berharap lebih banyak agensi kerajaan dari Singapura membina hubungan dua hala dengan Sarawak untuk peluang pelaburan tertentu yang berada dalam perancangan,” ujarnya.

Berdasarkan statistik, Chang Guan berkata, kira-kira 60,000 warga Singapura mengembara ke Sarawak tahun lepas.

Destinasi yang dikunjungi adalah Kuching, Sibu dan Miri menerusi penerbangan terus.

Sehubungan itu beliau menzahirkan harapan agar lebih ramai pelancong datang ke Sarawak dan mengetahui yang dapat ditawarkan negeri ini.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-9-2024 02:27 AM GMT+8 , Processed in 0.043106 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list