CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20504|Reply: 0

[Sarawak] 500 penduduk Flat KMC terima sumbangan sempena Tahun Baharu Cina

[Copy link]
Post time 5-2-2024 06:40 PM | Show all posts |Read mode


Wee menyerahkan sumbangan kepada penduduk Flat KMC pada program Masyarakat Penyayang hari ini.

KUCHING: Kira-kira 500 penduduk Flat KMC di Jalan Padungan di sini, menerima sumbangan sempena Tahun Baharu Cina yang diagihkan menerusi program Masyarakat Penyayang Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS).

Sumbangan tajaan CCK Sdn Bhd dan Borneo Eco Fish Sdn Bhd itu disampaikan oleh Datuk Bandar MBKS Dato Wee Hong Seng di Dewan Serba Guna MBKS di sini, hari ini.

Wee ketika ditemui berkata, pemberian sumbangan sebegini sentiasa menjadi matlamat MBKS dalam memastikan tiada sesiapa yang ketinggalan terutama pada musim perayaan.

“Kita bukan hanya menjaga infrastruktur tetapi juga melihat aspek lain terutama untuk masyarakat yang mendiami kawasan di bawah pentadbiran MBKS.

"Kita akan melakukan apa sahaja yang mampu untuk membantu dan memastikan tidak akan mengabaikan sesiapa terutama ketika menyambut perayaan," katanya.

Menurut Wee, sumbangan itu bukan sahaja diberikan untuk masyarakat Cina tetapi juga kaum lain yang tinggal di Flat KMC.

"Kita mahu semua orang dapat meraikan dan merasai bersama-sama perayaan Tahun Baharu Cina ini,” katanya.

Sehubungan itu, beliau memohon agar lebih banyak syarikat akan tampil memberi sumbangan bagi program seperti ini pada masa depan.

“Kita harap syarikat yang ingin melaksanakan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) dapat menyumbang lebih banyak bagi membantu golongan berpendapatan rendah. Kita sangat menghargai apa jua bantuan yang diberikan,” katanya.

Wee dalam pada itu turut memberitahu, MBKS akan menganjurkan lagi program untuk penduduk yang memerlukan bantuan terutama dalam menjalani kehidupan seharian.
“Terdapat hampir 100 penduduk yang sangat memerlukan bantuan dan kita akan berikan bantuan tambahan untuk mereka.

“Malah, ada segelintir daripada mereka tidak mampu membayar sewa flat dan oleh itu saya dan kakitangan MBKS yang lain akan membantu penduduk ini supaya mereka boleh terus tinggal di Flat KMC,” kata Wee.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-9-2024 12:07 AM GMT+8 , Processed in 0.043608 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list