CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23445|Reply: 0

[Sarawak] Tiga pusat hemodialisis baharu di bahagian Betong akan dibina tahun ini

[Copy link]
Post time 4-2-2024 10:40 PM | Show all posts |Read mode


DOUGLAS UGGAH menyampaikan set komputer dan pencetak kepada Guru Besar SJKC Chung Hua Spaoh Lai Ngit Sin sambil disaksikan Roseline, Timbalan Residen Bahagian Betong Mahra Salleh, Pegawai Daerah Betong Alfred Geling Ason dan wakil Pegawai Pendidikan Daerah Betong.

KUCHING: Tiga pusat hemodialisis baharu di bahagian Betong akan dibina tahun ini dengan kos pembinaan masing-masing mencapai RM5 juta.

Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, pusat berkenaan akan dibina di daerah Spaoh, Beladin dan Kabong.

“Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) telah memutuskan untuk menubuhkan pusat sedemikian di Spaoh, Beladin dan Kabong.

“Kita juga akan mempertingkatkan kemudahan di pusat hemodialisis sedia ada di Debak…ia telah diputuskan pada mesyuarat BDDA baru-baru ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan ceramah motivasi pendidikan ibu bapa dan ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) melibatkan tujuh sekolah rendah di sini, semalam.

Uggah yang juga Pengerusi BDDA menyatakan, setiap pusat hemodialisis bernilai RM5 juta akan dibina dalam tahun ini.

“Agensi akan membayar untuk pembinaan dan peralatan atau mesin yang diperlukan.

“Apabila semua pusat ini beroperasi, ia akan mengurangkan kesesakan di Hospital Betong dan Pusat Hemodialisis Debak,” ujarnya.

Pada majlis sama ADUN Bukit Saban itu menyeru ibu bapa supaya memainkan peranan masing-masing dalam memastikan anak-anak mendapat pendidikan terbaik.

Beliau turut menyatakan Kerajaan Sarawak kini menceburi industri baharu, pintar dan teknologi tinggi yang memerlukan lebih ramai ahli teknologi, jurutera dan profesional lain.

Pada majlis itu, Uggah diiringi Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Roseline Mapong, menyumbang set komputer kepada tujuh sekolah rendah di konstituensinya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-9-2024 12:18 AM GMT+8 , Processed in 0.053904 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list