CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12962|Reply: 0

[Kelantan] Banjir: Kompleks ICQS Rantau Panjang ditutup hari ini

[Copy link]
Post time 26-12-2023 01:21 PM | Show all posts |Read mode

ICQS Rantau Panjang ditutup susulan terputus laluan akibat banjir. FOTO SYAHERAH MUSTAFA

Kota Bharu: Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di Rantau Panjang, ditutup hari ini, susulan laluan ke Rantau Panjang terputus akibat banjir yang semakin teruk.

Difahamkan, kebanyakan kakitangan yang bertugas di ICQS tidak dapat melepasi memandangkan laluan di Kalbok 5, di Pasir Mas-Rantau Panjang.

Jurucakap Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kelantan ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu susulan air di Rantau Panjang semakin naik.

"Kita mengambil maklum arahan daripada pihak polis yang memaklumkan laluan ke Rantau Panjang di Kalbok 5 ditutup oleh semua kenderaan.



"Justeru, operasi di ICQS di Rantau Panjang ditangguhkan untuk sementara waktu sehingga laluan dibuka semula," katanya.

Terdahulu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas memaklumkan laluan Pasir Mas-Rantau Panjang ditutup untuk semua kenderaan, mulai malam tadi.

"Atas faktor keselamatan, semua pengguna dinasihatkan tidak melalui kawasan Kalbok 5 bermula malam ini (malam tadi) sehingga diberitahu kelak kerana keadaan jalan tidak selamat untuk semua jenis kenderaan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ng-ditutup-hari-ini

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:06 PM GMT+8 , Processed in 0.269080 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list