CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7835|Reply: 0

[Kelantan] Sungai Golok melimpah, pekan Rantau Panjang mula dinaiki air

[Copy link]
Post time 25-12-2023 12:05 PM | Show all posts |Read mode
Sungai Golok melimpah, pekan Rantau Panjang mula dinaiki air


Syaherah Mustafa
[email protected]



PEKAN Rantau Panjang mula dilimpahi air separas 0.3 sehingga 0.5 meter (m) sejak awal pagi tadi, susulan limpahan Sungai Golok selain kawasan menerima taburan hujan yang lebat. FOTO Nik Abdullah Nik Omar




Rantau Panjang: Pekan Rantau Panjang, di sini, mula dinaiki air separas 0.3 sehingga 0.5 meter (m) sejak awal pagi tadi, susulan limpahan Sungai Golok, selain kawasan itu dilanda hujan lebat.

Tinjauan hari ini mendapati, ketiga-tiga pintu masuk Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang menghala ke pekan berkenaan, sudah ditenggelami air dan hanya boleh dilalui oleh kenderaan berat sahaja.

Peniaga, Zaharah Ali, 45, berkata dia terpaksa meninggalkan motosikal dan mengharungi air ke premis jualannya untuk mengemas kerana paras air dilihat naik mendadak.

"Sebaik diberitahu bahawa air mula memasuki pekan, saya terus datang ke kedai seawal 7 pagi dan tidak menyangka kesemua jalan sudah dilimpahi air. Saya tidak berani mengharungi menggunakan motosikal, bimbang ia rosak.

"Biasanya jika hujan lebat berterusan, pekan ini boleh dilanda banjir sehingga paras 0.7 m sehingga air memasuki ke dalam premis.

"Sebenarnya, semalam majoriti peniaga sudah mengemas (barang), namun (kerja itu) bersambung pada hari ini kerana masih ada lagi barangan yang perlu diangkat ke tempat tinggi supaya tidak ditenggelami banjir," katanya.

Dalam pada itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, Shapawi Stapa berkata, penduduk di sekitar pekan itu dinasihatkan untuk segera berpindah ke tempat selamat kerana air naik secara mendadak.

"Bagi mereka yang masih boleh keluar menyelamatkan diri, boleh berbuat demikian kerana bimbang akan berlaku kesesakan kes untuk diselamatkan.

"Kami sentiasa bersedia menerima laporan dan sudah memulakan misi menyelamat beberapa penduduk terutama di kawasan rendah untuk dipindahkan ke PPS," katanya.

Menurut, laman web publicinfobanjir.water.gov.my, setakat jam 9.15 pagi, hari ini, paras air mencatat bacaan melebihi aras bahaya iaitu 10.58 m.



Disiarkan pada: Disember 25, 2023 @ 10:34am








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:09 PM GMT+8 , Processed in 0.075890 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list