|
Zainun Ismail, 49 menunjukkan ikan darat yang dijual di tepi jalan Rantau Panjang-Pasir Mas ketika ditemui di sini, hari ini. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR
Rantau Panjang: Meskipun tidak dapat bekerja sepanjang musim tengkujuh, ia tidak menghalang Khairul Jali daripada mencari pekerjaan lain untuk menambah pendapatannya.
Pemuda berusia 29 tahun dari Kampung Serunggga itu menjual ikan darat sehingga mampu memperoleh pendapatan ratusan ringgit sehari.
Katanya, setiap kali musim hujan, dia yang bekerja di kilang bata di Tumpat terpaksa mencari alternatif lain demi kelangsungan hidup.
"Saya memukat ikan di kawasan kebun getah kerana musim tengkujuh selalunya ikan darat mendapat permintaan yang tinggi.
"Alhamdulillah, setiap hari saya mampu memperoleh lima hingga 10 kilogram (kg) ikan darat pelbagai jenis termasuk sepat, baung, perah, haruan, puyu dan patong yang dijual serendah RM7 hingga RM30 sekilogram, bergantung kepada jenis ikan.
"Memandangkan ikan diperoleh hasil saya yang memukat, semestinya saya dapat menjual pada harga lebih murah berbanding peniaga lain dan saya bersyukur dengan rezeki yang diperoleh setiap hari," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Dia yang menjual ikan di tepi Jalan Rantau Panjang-Pasir Mas berkata, dia sudah melakukan aktiviti memukat dan menjual ikan setiap kali banjir sejak beberapa tahun lalu.
"Alhamdulillah sambutan terhadap ikan darat sangat memberangsangkan dan ada kalanya hasil jualan habis dalam tempoh beberapa jam sahaja.
"Ini kerana kebanyakan penduduk sudah tahu setiap kali musim tengkujuh, banyak ikan darat dijual di Jalan Pasir Mas-Rantau Panjang dan sudah menjadi tumpuan," katanya yang mampu memperoleh antara RM200 hingga RM300 sehari.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ketika-musim-banjir |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|