CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24111|Reply: 0

[Kelantan] AKSB tempatkan 2 tangki statik di PPS SK Sri Rantau 2, atasi masalah bekalan air bersih

[Copy link]
Post time 17-12-2023 11:02 PM | Show all posts |Read mode
AKSB tempatkan 2 tangki statik di PPS SK Sri Rantau 2, atasi masalah bekalan air bersih


Nor Fazlina Abdul Rahim
[email protected]



AKSB mengambil tindakan segera dengan menempatkan tangki statik di PPS SK Sri Rantau 2 selepas mendapat aduan berhubung ketiadaan bekalan air bersih. FOTO Ihsan AKSB




Kota Bharu: Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) mengambil tindakan segera menempatkan dua tangki statik di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Rantau 2, petang tadi, selepas mendapat aduan berhubung ketiadaan bekalan air bersih.

AKSB menerusi kenyataan media berkata, tangki statik berkenaan ditempatkan di sekolah berkenaan petang tadi iaitu beberapa jam selepas kisah kesulitan yang dihadapi lebih 1,100 mangsa banjir di PPS berkenaan disiarkan oleh Harian Metro.

"Susulan laporan berita mengenai masalah di PPS berkenaan disiarkan, pihak AKSB mahu menjelaskan SK Sri Rantau 2 terletak di penghujung Tangki Gual Tok Deh, dan sekolah ini menggunakan air boring sebagai sumber utama bekalan air di sekolah itu.

"Perbincangan bersama sudah dibuat antara pihak AKSB dan wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta wakil SK Sri Rantau 2 petang tadi.

"AKSB bersetuju untuk menempatkan dua unit tangki statik berkapasiti 500 gelen setiap satu bagi membantu penghuni PPS SK Sri Rantau 2 mendapat kemudahan bekalan air bersih sepanjang mereka ditempatkan di sana.

"Lokasi tangki statik akan diletakkan di dalam kawasan SK Sri Rantau 2 dan penghantaran hanya boleh dilakukan oleh lori tangki AKSB sahaja memandangkan laluan ke sekolah itu ditenggelami air," katanya.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan, seramai 1,190 mangsa banjir membabitkan 409 keluarga yang berada di PPS SK Sri Rantau 2 berdepan kesulitan susulan ketiadaan bekalan air bersihdi pusat berkenaan sejak ianya dibuka kelmarin.

Mereka mendakwa, disebabkan masalah berkenaan mereka terpaksa mandi menggunakan air banjir di depan PPS berkenaan selain terpaksa menadah air hujan untuk kegunaan anak-anak mereka selain untuk solat.

Mangsa banjir turut mendakwa, sehingga kini tiada bekalan air yang dihantar oleh AKSB dan masalah berkenaan berlaku saban tahun setiap kali sekolah ini dibuka untuk PPS.



Disiarkan pada: Disember 17, 2023 @ 10:26pm








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:04 PM GMT+8 , Processed in 0.060695 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list