CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12216|Reply: 0

[Kelantan] Anak ditahan di wad, rumah pula dinaiki air

[Copy link]
Post time 17-12-2023 01:05 PM | Show all posts |Read mode

YUSHARUDDIEN menyuap makanan kepada anak sulungnya, Muhammad Amirul Irfan di PPS SMKA Lati, Pasir Mas. FOTO ihsan Yusharuddien Yusoff

Kota Bharu: Sudahlah anak ditahan di wad, rumah pula dinaiki air kerana banjir hingga terpaksa bermalam di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Lati Pasir Mas, di sini.

Itu nasib menimpa pembantu tukang cat, Yusharuddien Yusoff, 35, selepas anak bongsunya, Dhia Darina, setahun empat bulan, dimasukkan ke Hospital Pasir Mas, di sini, akibat 'cellulitis'

atau jangkitan pada permukaan kulit iaitu kakinya.

Berikutan itu, Dhia Darina ditahan di wad hospital sejak Isnin lalu bagi mendapatkan rawatan dan kini dijaga ibunya, Azian Mokhtar, 27.



Bercerita lanjut, Yusharuddien dari Taman Sri Mas, di sini, berkata, anaknya itu seorang yang periang sebelum ini namun tidak dapat berjalan selepas mengalami penyakit berkenaan.

"Asalnya anak saya sihat namun tiba-tiba mengalami demam panas yang menyebabkan matanya terbeliak ke atas seperti diserang sawan.

"Kemudian, ada kemerahan pada kakinya yang kemudian membengkak jadi saya dan isteri membawanya ke klinik dan farmasi namun berlaku alahan.

"Jadi kami pun bawa anak hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut dan sudah diberi ubat antibiotik .

"Cuma, dia perlu ditahan di wad untuk pemantauan sehingga keadaannya stabil," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Yusharuddien berkata, rumah sewanya di terletak berhampiran kawasan pembuangan sampah dan itu dipercayai menjadi punca anaknya mengalami penyakit berkenaan.

"Apabila hujan, air mengalir ke rumah jadi mungkin sebab itu anak dijangkiti kuman.

"Sebelum ini, saya dan anak sulung (Muhammad Amirul Irfan Yusharuddien, 6) pernah kena penyakit sama dan  kini, anak bongsu pula.

"Nak pindah rumah pun tak tahu ke mana memandangkan saya pun kini tak bekerja tetap malah sebelum ini pun dibayar upah RM40 sehari saja kalau ada kerja mengecat.

"Kelmarin, rumah pula dinaiki air menyebabkan saya dan anak sulung tersekat di PPS ketika isteri menjaga anak bongsu di hospital," katanya.

Yusharuddien berharap Dhia Darina diberi kesembuhan dan dapat  keluar dari hospital dengan segera.

"Sebagai bapa, saya sentiasa risau memikirkan keadaan anak memandangkan penyakit itu selalunya kena pada orang dewasa tapi anak saya masih kecil.

"Tapi lega sedikit apabila doktor beritahu  penyakit anak boleh sembuh malah tak perlu pembedahan cuma perlu ditahan lagi di wad bagi memastikan jangkitan pada permukaan kulitnya tidak merebak.

"Saya percaya kepada kepakaran doktor dan biarkan mereka beri rawatan yang sewajarnya buat anak.

"Lagipun, rumah kami baru dinaiki air jadi bimbang anak pulang dan dijangkiti lagi kuman," katanya.

Orang ramai yang berhasrat meringankan beban Yusharuddien boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Bank Islam  bernombor 03139020244670 atas nama  Yusharuddien Yusoff.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ah-pula-dinaiki-air

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:26 PM GMT+8 , Processed in 0.326148 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list