CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12391|Reply: 0

[Terengganu] Banjir: Beli bot bawa keluarga berpindah

[Copy link]
Post time 16-12-2023 02:34 PM | Show all posts |Read mode

SYUKRI Dollah (kiri) menaiki bot fiber yang dibeli bersama anak-anaknya selepas kediaman mereka dinaiki air dalam kejadian banjir di Kampung Buluh, Setiu, hari ini. - UTUSAN/WAN ZURATIKAH IFFAH WAN ZULKIFLI



SETIU: Seorang peniaga sanggup mengeluarkan belanja sebanyak RM1,300 untuk membeli sebuah bot fiber selepas kediamannya ditenggelami air sejak semalam.

Syukri Dollah, 60, dari Kampung Buluh, di sini, berkata, dia melihat keadaan paras air semakin meningkat sejak awal pagi, dia meminta anak lelakinya untuk keluar membeli bot tersebut di bandar Permaisuri dekat sini bagi kegunaan mereka sekeluarga.

“Saya bersama anak-anak dan adik yang tinggal berdekatan rumah berkongsi duit untuk membeli bot tersebut bagi memudahkan urusan kami sekeluarga.

“Dengan keadaan banjir macam ini duit bukan lagi halangan, sekarang ini bot menjadi lebih penting untuk digunakan membawa ahli keluarga berpindah di tempat selamat,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysian di kediamannya di Kampung Buluh, di sini, hari ini.

Jelasnya, sebelum ini mereka sememangnya mempunyai bot sendiri tetapi telah rosak selepas digunakan beberapa tahun.

Tambahnya, bot merupakan antara keperluan penting bagi mereka yang tinggal di kawasan yang sering dilanda banjir.

” Apabila ada bot kita tidak perlu bergantung sepenuhnya kepada pihak penyelamat dan boleh berpindah lebih awal sekiranya banjir terutamanya pada waktu malam,” katanya.

Sementara itu, Mohd. Syahir Syukri, 19, berkata, bimbang kejadian banjir yang berlaku pada tahun lalu berulang, mereka sekeluarga membuat persiapan awal dengan meletakkan barangan elektrik di tempat yang tinggi sebagai persiapan musim banjir.

” Banjir pada Disember tahun lalu kami sekeluarga kerugian hampir RM10, 000 apabila seluruh rumah tenggelam banjir mengejut dan kami tidak sempat membuat sebarang persiapan.

” Pada kali ini apabila tengok air mula melimpah ke kawasan rumah, saya dan ahli keluarga terus menyimpan barang-barang berharga di tempat selamat dan mengambil dokumen penting sebelum berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) berdekatan,” katanya. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... keluarga-berpindah/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:24 PM GMT+8 , Processed in 0.276579 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list