View: 31097|Reply: 5
|
Datuk Dan Nenek Tergamak Jual Cucu Umur 23 Hari Dengan Harga RM1,600
[Copy link]
|
|
NEW DELHI, India – Sepasang suami isteri di Kolkata ditahan kerana menjual cucu perempuan mereka yang baru lahir pada harga 30,000 rupee (RM1,685).
NDTV melaporkan, bayi berusia 23 hari itu diselamatkan di daerah South 24 Parganas, manakala pasangan berkenaan ditahan di Bihar di mana mereka melarikan diri selepas menjualnya.
Aduan dibuat di balai polis Anandapur pada Rabu lalu oleh seorang wanita yang menyatakan bahawa anak perempuannya hilang.
Gambar Hiasan
Semasa siasatan, polis mendapati bayi berkenaan dijual kepada dua pengedar kanak-kanak. Mereka pula menjualnya kepada seorang wanita tanpa zuriat di Narendrapur pada harga berjuta-juta rupee.
Selain datuk dan nenek, polis berkata mereka juga telah menahan dua pengedar itu dan wanita yang membeli bayi berkenaan.
“Kami akan meneruskan siasatan untuk mengetahui bilangan orang yang terlibat dalam pemerdagangan ini. Bayi itu selamat dan berada dalam keadaan sihat,” kata seorang pegawai polis.
Sumber: Kosmo |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
apoooo kau brp lama laaaa boleh tahan dgn bayaran tu |
|
|
|
|
|
|
|
Entah-entah dpt ke keluarga org kaya raya...auto kaya cucu tu...lps tu atok nenek mati...x de duit bako mayat...mayat jual pd student... X de la melarat cucu terbiar tepi jalan..done iolss speku batu api |
|
|
|
|
|
|
| |
|