View: 13511|Reply: 33
|
Ibu Bapa Tak Mampu Hadir Majlis Graduasi Anak, "Nak Ikut Kena Top Up Duit, Tak Apa Saya Bagi Anak Saja Pergi"
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA – “Anak balik teruja cerita nak pergi, buat kat dewan Putrajaya RM120. Ibu bapa nak ikut kena ‘top up’ (tambah nilai) duit, tak apa saya bagi anak saja pergi.”
Itu antara keluhan ibu bapa yang tidak berkemampuan untuk hadir ke majlis graduasi anak yang dianjurkan pihak sekolah.
Luahan Fazilah Abdullah itu dibuat di ruangan komen menerusi hantaran oleh seorang guru, Mohd. Fadli Salleh atau lebih dikenali sebagai Cikgu Fadli di Facebook.
Gambar Hiasan
Terdahulu, Cikgu Fadli berkongsi tangkap layar Kosmo! Online tentang kesukaran ibu bapa yang terpaksa ‘berkikis’ mencari wang susulan trend menganjurkan majlis graduasi sekolah di hotel.
Beliau berkata, ia tidak menjadi isu sekiranya ia mendapat persetujuan semua ibu bapa dan paling penting, semua murid dilibatkan.
“Kecoh sehari dua ni isu jamuan akhir buat kat hotel. Benda ni mudah je, kalau semua majoriti ibu bapa setuju, buat pi lah. Yang penting, tanya pandangan ibubapa dulu.
“Jika ada segelintir kecil ibu bapa tak mampu, yang majoriti ada kemampuan lebih tu tolong bayarkan. Nak lagi mudah, buat kat sekolah,” katanya.
Dalam masa sama, ada juga ibu bapa yang turut berkongsi luahan masing-masing.
“Sekolah anak saya dari hotel tukar buat kat dewan luar, RM165. Mak ayah kalau nak datang bayar RM50, jumlah RM250. Saya cakap kat anak tak apa mama papa tak datang, biar dia je enjoy. Bukan tak mampu tapi rasa tak perlu,” kongsi Nina Azahari.
“Buat kat sekolah sajalah. Ibu bapa yang tak mampu pun segan nak terima, rasa menyusahkan orang. Akhirnya tak pergi, kasihan,” ujar Siti Hajar.
Terdahulu Kosmo! melaporkan trend menganjurkan majlis graduasi atau majlis akhir tahun sekolah di hotel-hotel dengan bayaran mencecah ratusan ringgit membuatkan ramai ibu bapa mengeluh kerana membebankan mereka.
Sumber: Kosmo |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Majlis graduasi lerr antara majlis yg paling malas aku nak pergi.. if aku kena..selalunya aku akan cari 1000 alasan utk mengelak. Boring nya dudul dlm hall berejam rejam pandang org lain dapat cert. Ntah laa apa yg best sangat.. |
|
|
|
|
|
|
|
kesian pada yg tak mampu
elok buat bagi semua hadir sama tapi tu lah kannnnnn |
|
|
|
|
|
|
|
Anak aku idak la nk pergi. Mmg sekolah sekarang ada majlis graduasi ni...
Tp apa guna pibg kan depa selalu buat kutipan duit...bantula pelajar yg susah. Kesian pulak yg teringin nk pergi tapi x mampu tgk kawan2 happy pi |
|
|
|
|
|
|
|
dulu student je attend..
skrg jemput ibu bapa..jual bouquet bunga belon coklat...aku wakil kan ayah dia je...koser la aku sesudah Suboh kena sampai hotel ..keras sampai 1.00pm |
|
|
|
|
|
|
|
Yg aku tahu ppd tak bagi lagi convo bunga2 bouquet lagi. Sebab inilah. Parents. |
|
|
|
|
|
|
|
Ada parents sumbangan pibg pun nan ado. Sibuk bandingkan SJKC. Mentality lain payah nak cerita byk. |
|
|
|
|
|
|
|
anak sulung x pergi xnak pergi even kawan2 dia ada je yg pergi..kena 100 (4 thn sudah) dia kata nganga lama2 stakat pakai jubah..x bgtahu pun sbb dia kata x penting,,yg no 2 lagi 2 thn tak tahu mcm mana pulak skolah dia |
|
|
|
|
|
|
|
Ohh memang bosan kalau bukan kita penerima...tapi bila u tanya 'apa best'.maksud apa tu?u grad universiti ke tak?
|
|
|
|
|
|
|
|
Sekolah Putrajaya banyak yang buat kat hotel grand2 sebelum....banyak betul duit parebt |
|
|
|
|
|
|
|
gedik nya culture sekolah sekarang eks
mungkin cikgu2 sekarang ramai gedik2
aku dulu tamat sekolah takde pun majlis graduasi2 nih
dapat sijil tamat sekolah pun cikgu bagi dalam kelas jer |
|
|
|
|
|
|
|
gigeh, tamat sekolah pun siap nak majlis grand kt hotel
yg parent sama gedik nak datang pun utk apo?
nak tengok anak dapat sijil tamat sekolah? |
|
|
|
|
|
|
|
brego replied at 15-12-2023 11:28 PM
gigeh, tamat sekolah pun siap nak majlis grand kt hotel
yg parent sama gedik nak datang pun utk apo ...
Kalau nk buat minta duit utk convo tu sejak drp awal tahun. So boleh lah byr ansuran ke cmne. Kalau ramai tak byr tu fhm2 jer lah ramai tak mampu boleh fikir option lain yg lebih economi.
Takde la hujung2 br nk bgtau nk buat kat mn, bayaran berapa. Kesian lah kat budak2 kalau parent tak mampu. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau kat UK convo uni pun takde siapa bawa bunga. Ada booth kecik yang jual tapi aku tengok takde siapa nak beli.
Stark contrast dengan pesta konvo uni lokal 5 batu nak sampai lokasi kiri kanan bangla nepal semua jadi mat bunga instant.
|
|
|
|
|
|
|
|
Enjoy sgt hidup budak2 skrg...tiap peringkat pembelajaran ada graduasi.. tadika...darjah 6.. tingkatan 5...watdehek...katanya ada yg kena bayar ratus2... minyak kereta seminggu dua tu |
|
|
|
|
|
|
|
Graduasi skrg dah x spesel. Klau i pon xmau pegi if kena byr. Lgpon selain graduasi ijazah / diploma, xpyh pegi pon xpe |
|
|
|
|
|
|
|
brego replied at 15-12-2023 11:21 PM
gedik nya culture sekolah sekarang eks
mungkin cikgu2 sekarang ramai gedik2
Ya tak ya juga kan.
Zaman dulu paling2 pun buat kat dewan sekolah aje. Yang anugerah kecemerlangan pelajar bila hujung tahun tu. Sijil tamat sekolah pun bagi masa tu juga la.
Kalau dapat anugerah cemerlang dalam pelajaran ke, bila nak naik pentas ambil sijil ke, kena bawak parents naik sekali atas pentas. Ibarat parents iring anak sekali ambik sijil la sambil bergambar atas tu. Aku penah sekali dapat time pmr dulu. Rasa bangga jap bawak arwah mak naik sekali atas pentas ambik sijil.
|
|
|
|
|
|
|
|
brego replied at 15-12-2023 11:28 PM
gigeh, tamat sekolah pun siap nak majlis grand kt hotel
yg parent sama gedik nak datang pun utk apo ...
Iols speku nk sakau duit parent skali. Xkn sekolah or cikgu yg uruskan xdpt upah dari pihak hotel? iols sekolah rendah penutup buat kat hotel tp parent xpyh dtg pon. Semak je. Graduasi ni biar kekalkan special utk uni je |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by isseliparjepun at 16-12-2023 12:04 AM
I rasa atas permintaan pelajar juga ni. Jadi masa mesyuarat PIBG ada dibincangkan, ibu bapa boleh la suarakan. Sebab tak semua pelajar mampu. Kesian jugak kalau nak kena topap topap sedangkan nanti time makan, beratur ambil makanan dekat meja buffet.
I tengok anak sedara I ambil SPM tahun ni, manjang kelas tambahan saja dekat sekolah. Belum lagi ada teknik menjawab on weekends. Ada lagi golden holiday. So time hari graduasi ni la diorang nak have fun dengan kawan kawan. |
|
|
|
|
|
|
|
Iols memang tak faham apsal nak kena buat konvo budak2 sekolah menengah ni... Tahu lah sempena abis sekolah menengah, tapi budak2 tu spm pun belum ambil lagi nak rai kan apa? Sebab bagi iols konvo ialah meraikan kejayaan dan kecemerlangan. Macam tak berapa sesuai dari banyak sudut. |
|
|
|
|
|
|
| |
|