CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5036|Reply: 0

[Pahang] Status kemajuan projek ECRL capai lebih 56 peratus

[Copy link]
Post time 11-12-2023 03:55 PM | Show all posts |Read mode

ANTHONY Loke Siew Fook berucap pada Majlis Perasmian Pemasangan Landasan Pertama ECRL hari ini. FOTO Bernama

Kuantan: Kadar kemajuan keseluruhan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sudah mencapai lebih 56 peratus setakat November lalu, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.

Beliau berkata, kemajuan projek mega itu selari dengan jadual penyiapan projek dari Kota Bharu, Kelantan ke Terminal Bersepadu Gombak pada Disember 2026, dan ECRL dijadualkan beroperasi pada Januari 2027.

"Tahun 2023 juga merupakan tahun kemuncak pembinaan projek ini. Projek ECRL telah memasuki fasa baharu pembinaan sejak awal tahun ini, merangkumi pemasangan rasuk jejambat, pembinaan stesen, dan pembinaan depot kereta api.

"Tidak lama lagi kemajuan projek ECRL juga akan melibatkan pembinaan sistem elektrifikasi, semboyan dan telekomunikasi bagi pengoperasian kereta api penumpang dan kargonya," katanya.



Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Perasmian Pemasangan Landasan Pertama ECRL di Tapak Stesen ECRL Seksyen 10 Gebeng, di sini, hari ini.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli menyempurnakan majlis itu, yang turut menyaksikan keberangkatan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Selepas projek berkenaan siap sepenuhnya, Loke berkata, penduduk di Pantai Timur akan menikmati lembaran baharu sistem pengangkutan negara yang antara lain membolehkan warga Kuantan tiba di Kuala Lumpur dalam masa satu setengah jam berbanding tiga jam di jalan raya.

Selain itu, Loke juga memaklumkan sehingga kini 23,000 pekerja terbabit dalam melaksanakan kerja di 1,900 tapak pembinaan sepanjang jajaran, manakala kerja pengorekan terowong menggunakan kaedah gerudi dan letup, sudah mencapai penembusan 26 terowong sehingga kini.

"Pengorekan Terowong berkembar Genting sepanjang 16.39 kilometer (km) dengan kombinasi kaedah gerudi, letup serta mesin pengorek terowong, telah mencapai kedalaman hampir enam kilometer bagi kedua-dua bahagian terowong dan dijangka mencatat penembusan pada suku kedua 2025," katanya.

Bagi peringkat kerja jejambat ECRL yang meliputi panjang 145 km, katanya, sehingga kini pemasangan rasuk jejambat sudah disempurnakan pada jarak lebih 60 km.

Landasan ECRL dari Kota Bharu, Kelantan ke Pelabuhan Klang, Selangor membabitkan pembinaan 20 stesen, merangkumi 10 stesen penumpang serta 10 stesen gabungan penumpang dan kargo, dengan tujuh di Pahang, Terengganu (enam stesen), Kelantan (dua stesen) dan Selangor (lima stesen).

"Kementerian Pengangkutan optimis bahawa Stesen KPC, Cherating, KotaSAS dan Paya Besar akan memeriahkan lagi pentadbiran daerah Kuantan yang mempunyai lebih 600,000 penduduk," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ai-lebih-56-peratus

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:01 PM GMT+8 , Processed in 1.233094 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list