|
Poster palsu mengenai cuti peristiwa dimuatnaik melalui laman sosial. FOTO Ihsan FB MB.
Kuala Terengganu: Kerajaan negeri tidak pernah mengumumkan cuti peristiwa pada esok susulan kejayaan pasukan Terengganu FC (TFC) melangkah ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2023, semalam.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, pihaknya menyedari terdapat poster lama yang disunting berhubung cuti peristiwa itu berlegar-legar di media sosial.
"Tiada cuti peristiwa diumumkan oleh kerajaan negeri esok (Ahad). Poster yang diedit (disunting) dan dimuat naik melalui pelbagai laman sosial termasuk Facebook (FB) adalah palsu," katanya melalui FBnya, hari ini.
Poster mengenai cuti peristiwa di negeri ini dimuat naik pihak tidak bertanggungjawab selepas TFC melangkah ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2023 menentang Johor Darul Ta'zim (JDT), semalam.
Bagaimanapun, TFC hanya muncul naib juara selepas tewas 3-1 kepada JDT.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -terengganu-esok-mb |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|