CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13251|Reply: 0

[Kelantan] Gadis didakwa 'sapu' deposit rumah sewa

[Copy link]
Post time 7-12-2023 05:00 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR HIASAN

Kota Bharu: Remaja perempuan mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas dua pertuduhan mengambil deposit tanpa menyediakan rumah sewa, September lalu.

Tertuduh, Shaffiyyah Virdanie Syamsul Amizan, 19, membuat pengakuan berkenaan di hadapan Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli.

Mengikut kedua-dua pertuduhan, tertuduh didakwa menerima bayaran sebanyak RM520 melalui akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) tanpa mempunyai alasan munasabah untuk mempercayainya dapat membekalkan perkhidmatan rumah sewa.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di BSN Taman Bendahara, Pengkalan Chepa pada 14 September dan 15 September lalu antara 7 pagi hingga 9.30 pagi.



Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 25(1)(b) Akta Perlindungan Pengguna 1999 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Shafiq Hamadi dan tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 23 Januari depan untuk sebutan fakta kes dan membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM8,000 untuk dua pertuduhan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -deposit-rumah-sewa

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:48 PM GMT+8 , Processed in 0.274102 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list