CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6625|Reply: 0

[Kelantan] Rezeki berganda musim tengkujuh

[Copy link]
Post time 7-12-2023 11:18 AM | Show all posts |Read mode

Petani muda Muhamad Aiman Yaacob, 24, memetik lada solok jenis Taming Sari di kebunnya yang terletak di Kampung Kuala Tol, Gua Musang. FOTO BERNAMA

Gua Musang: Seorang petani muda di Kampung Kuala Tol, di sini, meraih keuntungan berganda pada musim tengkujuh apabila kira-kira 2,000 pokok lada solok taming sari dan cili kulai yang diusahakannya secara fertigasi, meraih permintaan tinggi daripada pemborong.

Muhamad Aiman Yaacob, 24, berkata permintaan kebanyakannya datang dari kawasan terjejas banjir.

Beliau berkata sejak bermulanya Monsun Timur Laut 11 November lalu, kira-kira 400 kilogram (kg) lada solok taming sari berjaya dituai dan dijual kepada pemborong setiap minggu.

"Saya dapat kelebihan berbanding petani di kawasan Kota Bharu dan Rantau Panjang pada musim tengkujuh ini kerana kawasan ini tidak ditenggelami air. Jadi tiada lambakan sayur-sayuran, malah permintaan pula melonjak menyebabkan harga pasaran pun meningkat.



"Tahun ini harga yang dijual kepada pemborong mencecah RM18 sekilogram berbanding harga asal RM10 bagi sekilogram," katanya di sini hari ini.

Menurut graduan Politeknik Ungku Omar, Perak, dalam Diploma Kejuruteraan Awam itu, beliau turut membuat analisis data berdasarkan rekod pada tahun-tahun lepas untuk meningkatkan keuntungan.

"Saya bersyukur kerana mendapat sokongan daripada ahli keluarga yang membantu gerak kerja di kebun. Jangkaan hasil untuk musim ini adalah sehingga empat tan mengikut harga semasa," katanya yang berkecimpung dalam bidang pertanian sejak 2021.

Muhamad Aiman berkata antara cabaran yang perlu dihadapinya adalah perubahan cuaca dan harga pasaran.

Susulan itu beliau sering mendapatkan pandangan pekebun lain yang lebih berpengalaman selain mengikuti kursus dan latihan dianjurkan Jabatan Pertanian Daerah Gua Musang.

Beliau juga menjadikan media sosial sebagai rujukan untuk mengetahui harga pasaran semasa selain mendapatkan informasi daripada pemborong.

Muhamad Aiman menyarankan khususnya kepada anak muda supaya tidak ragu-ragu untuk terjun ke bidang pertanian dan membuang tanggapan bahawa ia pekerjaan yang leceh.

"Saya sendiri mendapat ilham untuk bertani setelah melihat kejayaan seorang pengusaha kebun cili. Bermula dari situ timbul perasaan ingin mencuba dan membuat kelainan di kampung ini," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... nda-musim-tengkujuh

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:34 PM GMT+8 , Processed in 0.049435 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list