CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5306|Reply: 0

[Kelantan] Kelantan timbang tubuh jawatankuasa atasi konfilik manusia, hidupan liar

[Copy link]
Post time 6-12-2023 01:43 PM | Show all posts |Read mode

ANCAMAN harimau di Gua Musang, Kelantan semakin serius muktakhir ini.




KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan sedia menimbang untuk menubuhkan jawatankuasa bagi mengatasi konflik manusia dan hidupan liar khususnya harimau yang dilihat semakin meruncing ketika ini.

Timbalan Menteri Besar Datuk Dr. Mohamed Fadzli Hassan berkata, pada masa sama pihaknya akan turut bekerjasama dengan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk melihat punca sebenar acaman.

Menurutnya, hal ini kerana perkara tersebut berlaku dalam tempoh singkat.

“Selain itu Kerajaan Negeri akan turut mendapatkan kerjasama daripada pemimpin setempat dalam menyelesaikan masalah ini secara tuntas.

“Kita (Kerajaan Negeri) mengambil serius perkara ini (ancaman harimau). Jadi kita berharap orang ramai supaya sentiasa wasapada dengan acaman tersebut,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini.

Utusan Online sebelum ini melaporkan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Mohd. Syahbuddin Hashim yang juga Ketua Pembangkang
mencadangkan Kerajaan Kelantan mewujudkan sebuah jawatankuasa khas bagi menangani masalah hidupan liar ketika ini.

Mohd. Syahbuddin berkata, penubuhan jawatankuasa itu sangat penting kerana isu berkenaan melibatkan kepentingan, keselamatan, ketenteraman dan keamanan rakyat terutama di Jajahan Gua Musang.

Ancaman harimau di Gua Musang semakin serius apabila seorang lelaki warga Indonesia menjadi mangsa ketiga yang maut dibaham haiwan dalam tempoh tiga minggu selepas mayatnya ditemui dalam mengerikan di kawasan ladang getah Kampung Kuala Tol pada 29 November lalu.

Mangsa yang dikenali sebagai Syabaini, 36, dijumpai dengan anggota tubuh badan yang tidak sempurna apabila kehilangan tangan kanan, cedera pada bahagian leher dan kedua-dua ibu jari kaki.

Sebelum itu, mangsa pertama merupakan warga Indonesia, Lalu Sukarya Yahya, 42, ditemui maut pukul 10 pagi pada 10 November lalu di Kampung Meranto di Gua Musang.

Keesokan harinya, seorang lelaki warga Myanmar, Ahka Soe Ya, 22, maut akibat diserang pak belang kira-kira pukul 1.30 tengah hari ketika menoreh getah di Ladang Meranto.-UTUSAN
https://www.utusan.com.my/berita ... nusia-hidupan-liar/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:29 PM GMT+8 , Processed in 0.072484 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list