CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4753|Reply: 0

[Johor] 'Usahawan PMKS terjejas banjir boleh tangguh bayaran pinjaman hingga tiga bulan'

[Copy link]
Post time 5-12-2023 08:03 PM | Show all posts |Read mode

Ewon (dua kiri) meninjau pembangunan projek Menara Bank Rakyat bernilai RM6 bilion di Coronation Square, Johor Bahru. NSTP/ NUR AISYAH MAZALAN


JOHOR BAHRU: Usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang terjejas akibat banjir di seluruh negara ketika ini boleh memohon menangguhkan bayaran balik pinjaman agensi kerajaan sehingga tempoh tiga bulan.


Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick, berkata penangguhan pinjaman agensi di bawah kementeriannya itu bagi membantu usahawan terbabit memulihkan kembali perniagaan mereka.

Beliau berkata, pinjaman agensi di bawah kementeriannya itu antaranya membabitkan Tekun Nasional (TEKUN), Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

"Kementerian maklum dengan bencana banjir yang mula melanda beberapa negeri ketika ini yang turut menjejaskan perniagaan peniaga kecil.

"Pada peringkat kementerian kita ada dasar membolehkan penangguhan pinjaman yang diperlukan peminjam dalam kalangan usahawan PMKS terbabit.

"Sekiranya premis atau lokasi operasi perniagaan mereka terjejas banjir, usahawan PMKS ini boleh memohon penangguhan bayaran pinjaman sehingga tiga bulan.

"Susulan itu, agensi yang menerima permohonan usahawan dan peminjam PMKS diarah meneliti segera permohonan terbabit dalam usaha meringankan beban peniaga yang terjejas ini," katanya selepas lawatan kerja ke Menara Bank Rakyat Coronation Square, di sini, hari ini.

Monsun Timur Laut atau musim tengkujuh di negara ini bermula pada 11 November lalu dan dijangka berterusan hingga Mac tahun depan.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan meramalkan, dalam tempoh ini, empat hingga enam episod hujan lebat bakal berlaku.

Situasi banjir terkini di Kelantan dilaporkan semakin memburuk apabila mangsa mencecah 5,971 orang semalam.

Terdahulu, Ewon mendengar taklimat mengenai pembinaan Menara Bank Rakyat, membabitkan pembangunan bersepadu di Coronation Square, bernilai RM6 bilion dan terletak di tengah-tengah bandar raya ini.

Bagaimanapun, Menara Bank Rakyat setinggi 35 tingkat adalah menara pertama dari lapan menara di Coronation Squre, yang siap dibina sepenuhnya tahun ini dan dijangka beroperasi Februari depan.

Pada 23 Mac 2016, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar merasmikan model Menara Bank Rakyat Johor yang pada awalnya dijangka siap pada 2019, namun dijadualkan semula siap tahun ini.

Coronation Square seluas 2.3 hektar adalah antara Zon Pembangunan Projek Ibrahim International Business District (IIBD).


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 12:20 AM GMT+8 , Processed in 0.050023 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list