CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8287|Reply: 0

[Kelantan] Bandar Baru Tunjong bakal jadi mercu tanda baharu Kelantan

[Copy link]
Post time 5-12-2023 05:03 PM | Show all posts |Read mode

MOHAMED Fadzli (tengah) menunjukkan buku Rancangan Kawasan Khas Bandar Baru Tunjong 2035. FOTO Hidayatidayu Razali

Kota Bharu: Bandar Baru Tunjong di sini, akan menjadi mercu tanda baharu Kelantan apabila kawasan itu bakal menjadi pusat pertumbuhan ekonomi dan pusat pentadbiran baharu negeri.

Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, bandar berkenaan sedang dibangunkan menerusi Rancangan Kawasan Khas (RKK) Bandar Baru Tunjong 2035 yang bermula tahun lalu.

Menurutnya, pada masa ini banyak jabatan dan agensi kerajaan yang ditempatkan serta berpindah ke kawasan itu termasuk pejabat Yayasan Islam Kelantan (YIK).

"Sudah banyak jabatan Persekutuan berada di situ seperti Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, Kompleks Mahkamah dan Kompleks Mahkamah Syariah serta bangunan guna sama Persekutuan yang berskala besar juga hampir siap.



"Ini berikutan Kota Bharu kita ini sudah sesak dan akan menjadi pusat bandar lama.

"Di Bandar Baru Tunjong suasana dan pembangunannya akan lebih tersusun," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan RKK Bandar Baru Tunjong 2035 di Kompleks Kota Darulnaim di sini, hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wilayah, Sumber Asli, Integriti, Pembangunan Insan dan Undang-Undang Kelantan Mejar (B) Datuk Md Anizam Ab Rahman.

Mohamed Fadzli berkata, pembangunan Bandar Baru Tunjong membabitkan kawasan seluas 1779.8 hektar itu akan turut menjadi projek prima kerajaan negeri yang merangkumi dua bandar berdaya maju iaitu Madinatus As-Salam dan Madinah Ramadan.

"Sebenarnya Bandar Baru Tunjong ini sudah lama kita merancang sejak zaman Tok Guru (Allahyarham Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat), namun ia mengambil masa untuk kita bangunkan.

"Dengan adanya projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan beberapa projek penting di lokasi itu, kita melihat bahawa kawasan itu akan menjadi satu pusat bandar baru," katanya.

Menurutnya, pada masa yang sama kerajaan menyediakan kemudahan kepada semua pihak yang terbabit sebagai rujukan dan boleh dibentangkan kepada pelabur untuk melihat apa yang mereka akan dapat serta apa yang disediakan oleh pihak kerajaan.

Beliau berharap pembangunan seterusnya akan menarik minat pelabur untuk terus datang ke negeri itu.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... nda-baharu-kelantan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:34 PM GMT+8 , Processed in 0.074884 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list