View: 8310|Reply: 0
|
[Negeri Sembilan]
Lima wanita Thailand didenda RM4,000 setiap seorang kerana aktiviti persundalan
[Copy link]
|
|
Lima wanita warganegara Thailand didakwa di Mahkamah Majisteret Bahau kerana melakukan aktiviti persundalan. FOTO ABNOR HAMIZAM
Jempol: Lima wanita Thailand didenda RM4,000 setiap seorang oleh Mahkamah Majistret Bahau, hari ini, kerana melakukan aktiviti persundalan pada Oktober lalu.
Tertuduh, Uraiwan Pranomsri, Plumchit Multongka, Weena Chitarka, Suthirak Machalerm dan Kanittha Udtib berusia antara 25 hingga 41 tahun membuat pengakuan berkenaan sebaik pertuduhan dibacakan secara berasingan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Norshazwani Ishak.
Berdasarkan pertuduhan, mereka mencari langganan bagi tujuan persundalan di sebuah premis di Bahau kira-kira jam 5 petang pada 18 Oktober lalu.
Tertuduh didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.
Selain itu, kesemua tertuduh turut mengaku bersalah kerana melanggar syarat pas lawatan sosial dengan bekerja sebagai tukang urut pada waktu, tarikh dan masa yang sama.
Justeru itu, kesemua tertuduh melakukan kesalahan mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 yang boleh didenda tidak lebih daripada RM1,000 atau penjara tidak lebih daripada enam bulan atau kedua-duanya sekali.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Farahidah Zool Beri, manakala kesemua tertuduh diwakili peguam Roslaili Alias.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ang-kerana-aktiviti |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|