CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8347|Reply: 0

[Johor] Pekerja swasta didakwa rogol anak tiri

[Copy link]
Post time 5-12-2023 04:58 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan

Iskandar Puteri: Seorang pekerja swasta di sini bakal dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan merogol anak tirinya.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri Asisten Komisioner Raghmat Ariffin berkata, pihaknya sedang melengkapkan siasatan kes berkenaan mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan.

Beliau berkata, sebelum itu, pihaknya menerima laporan dibuat mangsa berusia 18 tahun pada 24 November lalu dan menahan suspek berumur 54 tahun pada 10.30 malam hari sama.

"Dalam laporan, mangsa warga Filipina mendakwa dirogol di sebuah rumah di Horizon Hill dan memaklumkan sudah dirogol sejak berusia 12 tahun lalu.



"Kita menahan suspek pada hari sama laporan dibuat selepas dia hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri. Dia kemudian dilepaskan dengan jaminan selepas soal siasat.

"Semakan lanjut mendapati suspek tiada rekod jenayah lampau dan ujian air kencing negatif dadah," katanya dalam kenyataan hari ini.

Rahmat berkata, ketika soal siasat, suspek tidak mengaku mahupun menafikan perbuatan berkenaan yang didakwa berlaku di rumah yang didiami mereka secara bersama.

Katanya, lima individu termasuk doktor yang membuat pemeriksaan ke atas mangsa turut dipanggil untuk merakam keterangan bagi membantu siasatan.

"Siasatan masih diteruskan bagi mendapatkan lain-lain bukti dan melengkapkan kertas siasatan bagi pertuduhan di mahkamah," jelasnya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... kwa-rogol-anak-tiri

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 12:55 AM GMT+8 , Processed in 0.676412 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list