CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30402|Reply: 0

[Johor] DUN Johor kutuk Israel sambung serangan ke atas Gaza

[Copy link]
Post time 4-12-2023 07:49 PM | Show all posts |Read mode


DR Mohd Puad Zarkashi mengutuk tindakan Zionis yang menyerang Gaza selepas genjatan senjata berakhir. FOTO ihsan Pejabat MB

Johor Bahru: Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor hari ini mengutuk tindakan rejim zionis Israel yang menyambung serangan ke atas Gaza kelmarin, selepas tujuh hari gencatan senjata.

Speaker Dewan Undangan Negeri Johor, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, seramai 178 rakyat Palestin terkorban termasuk kanak-kanak susulan serangan sebaik sahaja berakhir gencatan senjata.

"Kita mengutuk tindakan kejam rejim zionis bersetuju dengan gencatan senjata disifatkan muslihat untuk mendapatkan pembebasan tawanan Israel di Gaza," katanya ketika berucap pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.

Sesi penggulungan sidang DUN Johor hari ini menerima kunjungan seramai 15 pemerhati terdiri daripada mahasiswa Palestin.

Berita menarik menerusi E-Mel setiap pagi

Sementara itu, kerajaan negeri memberi jaminan bahawa 100 peratus sumbangan yang diterima dalam kempen solidariti Palestin akan disalurkan kepada penduduk Gaza.

Jaminan itu diberikan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid yang menyatakan sumbangan tersebut disampaikan pihaknya melalui Tabung Kemanusiaan Rakyat Palestin kelolaan Kementerian Luar Negeri.

Katanya setakat 19 November lalu, pihaknya telah menyerahkan sejumlah RM2.58 juta sumbangan rakyat negeri ini.

"Alhamdulillah, 100 peratus kutipan kita terima disampaikan kepada kementerian, dan saya yakin jumlah itu juga sampai kepada penduduk Gaza sepenuhnya.

"Saya seru rakyat Johor supaya terus salurkan sumbangan kepada tabung Palestin di bawah Kementerian Luar Negeri Malaysia berbanding mana-man
a pertubuhan atau orang perseorangan yang mendakwa ada akses ke Gaza atau Tebing Barat.

"Kita mesti yakin dengan kementerian kita dan itulah yang kerajaan Johor lakukan," katanya selepas menerima sumbangan daripada penduduk Felda Pengeli Timur yang disampaikan Pengerusi Masjid Darun Nadwa, Saiddin Othman.

Sebelum tujuh hari gencatan senjata bermula, seramai lebih 20,000 rakyat Palestin terkorban akibat serangan rejim Israel pada 7 Oktober lalu.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 04:59 AM GMT+8 , Processed in 0.130133 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list