CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5150|Reply: 0

[Kelantan] 'Saya pegang leher suami, tarik sejauh 100 meter elak dibawa arus deras'

[Copy link]
Post time 4-12-2023 06:05 PM | Show all posts |Read mode

Norzubaila Ramli, 36, bersama jenazah suaminya, Mohd Kamaruddin Mohamed Yahya, 44, yang lemas dalam kejadian di Kampung Bakat, di sini, jam 2 petang tadi. FOTO Ihsan Pembaca

Rantau Panjang: Wanita memberanikan diri dengan menarik sendiri jenazah suaminya yang lemas menggunakan perahu kerana bimbang jasadnya hilang dibawa arus deras banjir dalam kejadian di Kampung Bakat di sini, 2 petang hari ini.

Norzubaila Ramli, 36, berkata, dia diberitahu oleh seorang penduduk kampung bahawa suaminya, Mohd Kamaruddin Mohamed Yahya, 44, terjatuh daripada perahu sebelum bergegas ke lokasi kejadian dan melihat suaminya yang hampir tenggelam.

Menurutnya, dengan kudrat yang ada, dia memegang leher suami dan menarik jasadnya sejauh 100 meter untuk sampai ke rumah kerana tidak berdaya untuk mengangkat mangsa ke dalam perahu.

"Saya menariknya sendirian sambil perahu didayung seorang penduduk.



"Ketika kejadian, saya dapat merasakan bahawa suami sudah meninggal dunia kerana dia langsung tidak memberi sebarang respon.

"Sebaik tiba di rumah, saya bersama anak-anak mengangkatnya ke dalam rumah sementara jiran meminta bantuan pihak bomba.

"Saya bersama empat anak beberapa kali memanggil namanya namun tidak bersahut.

"Sepatutnya, saya mengikutnya sekali untuk melihat pukat di belakang kawasan rumah yang dinaiki air lebih dua meter, namun dia tidak membenarkannya dan mahu pergi sendirian," katanya.

Norzubaila berkata, mereka sekeluarga sudah berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) semalam, namun pada 12 tengah hari ini, suami mengajaknya pulang sebentar melihat rumah sambil mengangkat pukat.

"Kami singgah di rumah dahulu untuk meninggalkan anak-anak dan berjanji mengangkat pukat bersama-sama.

"Namun dia berdegil dan menyuruh saya memantau anak-anak sahaja di rumah, seorang anak kami pada awalnya sudah berada di dalam perahu tetapi arwah menyuruh anak turun kerana tidak mahu ada yang ikut bersama.

"Kami akur dan membiarkan sahaja kerana suami sudah biasa memukat di kawasan itu setiap kali banjir.

"Kami sekeluarga masih terkejut dengan apa yang terjadi namun reda dengan ketentuan Illahi selain berharap agar segala proses menguruskan jenazah dapat diselesaikan segera," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berkaitan kejadian terbabit.

Menurutnya, anggota bertugas membawa jenazah ke Unit Forensik Hospital Pasir Mas (HPM) untuk tujuan bedah siasat.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... k-dibawa-arus-deras

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:36 PM GMT+8 , Processed in 0.069889 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list