CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8951|Reply: 0

[Johor] Johor umum rebat 30 peratus cukai harta di 5 PBT

[Copy link]
Post time 3-12-2023 06:03 PM | Show all posts |Read mode

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi ketika menjawab soalan lisan pada Mesyuarat Keempat (Belanjawaan 2024) bagi Penggal Persidangan Kedua Dewan Undagan Negeri Johor ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar hari ini. FOTO BERNAMA

Iskandar Puteri: Kerajaan negeri mengumumkan pemberian rebat 30 peratus ke atas cukai harta membabitkan lima pihak berkuasa tempatan (PBT) yang terbabit kenaikan cukai pada tahun depan.

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata pemberian rebat tersebut diharapkan dapat meringankan beban pembayar cukai di lima kawasan PBT terbabit.

"Sebagai kerajaan yang sentiasa mendengar keluhan rakyat yang sedang berdepan dengan ketidaktentuan ekonomi, sukacita saya maklumkan bahawa Kerajaan Negeri bersetuju pada tahun 2024, lima PBT tersebut akan memberikan rebat atau potongan sebanyak 30 peratus daripada nilai penyelarasan cukai baharu.

"Semoga rebat dan diskaun ini dapat meringankan beban pembayar-pembayar cukai tersebut," kata beliau ketika sesi penggulungan persidangan DUN Johor di Bangunan Sultan Ismail, di sini hari ini.

Beliau berkata daripada jumlah keseluruhan 807,441 pegangan di lima PBT tersebut, sejumlah 326,720 pegangan atau 40.46 peratus tidak terlibat dengan kenaikan cukai baharu berkenaan.

Onn Hafiz berkata dengan pertambahan hasil ke atas PBT tersebut, maka perkhidmatan terhadap rakyat juga perlu dipertingkatkan demi keselesaan dan kemaslahatan rakyat di kawasan berkenaan.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata daripada jumlah keseluruhan pegangan terbabit, hanya sekitar 19,000 pegangan atau 2.4 peratus yang membuat bantahan berhubung penyelarasan cukai baharu.

Bercakap kepada pemberita selepas tamat sesi penggulungan DUN Johor hari ini, beliau berkata pemberian rebat akan menyaksikan kutipan hasil cukai berkurangan sebanyak RM66 juta berbanding anggaran jumlah kutipan berjumlah RM162 juta.

"Buat waktu ini, pemberian rebat itu adalah bagi tahun 2024, walau bagaimanapun kerajaan negeri bersedia mempertimbangkan untuk dilaksana tahun seterusnya," kata Mohd Jafni.

Lima PBT yang terbabit dalam penyelarasan cukai baharu ialah Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG), Majlis Perbandaran Kluang (MPK) serta Majlis Perbandaran Pengerang (MPP).

Sesi persidangan DUN Johor ditangguhkan pada sesi akan datang.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 04:53 AM GMT+8 , Processed in 0.374589 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list