View: 13846|Reply: 0
|
[Kelantan]
2,632 mangsa banjir di Kelantan
[Copy link]
|
|
KENDERAAN mengharung banjir di jalan utama Kampung Sri Sentosa, Bachok. FOTO Nik Abdullah Nik Omar.
Kota Bharu: Mangsa banjir di Kelantan terus bertambah kepada 2,632 orang setakat 9 pagi ini, berbanding 1,947 orang malam tadi.
Tiga lagi pusat pemindahan sementara (PPS) di Pasir Mas turut dibuka bagi menampung semua mangsa daripada 799 keluarga.
Ia menjadikan keseluruhan 14 PPS masih aktif di empat daerah iaitu Pasir Mas, Bachok, Kota Bharu dan Tanah Merah.
Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menunjukkan jumlah mangsa banjir teramai di Pasir Mas dengan 2,370 orang (715 keluarga) yang ditempatkan di 10 PPS.
Diikuti 221 mangsa (70 keluarga) di dua PPS di Bachok; 22 mangsa (9 keluarga) di satu PPS di Tanah Merah dan 19 mangsa (5 keluarga) di satu PPS di Kota Bharu.
PPS di Machang ditutup sepenuhnya pagi ini.
Sementara itu, paras air Sungai Golok di Rantau Panjang masih melepasi paras bahaya dengan bacaan 10.33 meter (m), berbanding paras normal 5m.
Dua lagi sungai melepasi paras waspada iaitu Sungai Golok di Kuala Jambu, Tumpat dengan bacaan 2.22m berbanding paras normal 0.7m dan Sungai Golok di empangan Bukit Kwong Rantau Panjang dengan bacaan 17.26m.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -banjir-di-kelantan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|