CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 36582|Reply: 0

[Johor] MyCARE sumbang bernilai RM3.6 juta kepada Palestin

[Copy link]
Post time 2-12-2023 05:19 PM | Show all posts |Read mode


JOHOR BAHRU: Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) telah menyalurkan hampir RM4 juta sumbangan kepada rakyat Palestin menerusi empat fasa sejak berlaku konflik peperangan 7 Oktober lalu.

Pengurus MyCARE Johor, Rozi Abdul Ghani berkata, fasa pertama dan membabitkan sumbangan bernilai RM500,000.

Manakala fasa ketiga dan fasa keempat sumbangan bernilai RM1.1 juta disalurkan meliputi keperluan, barangan makanan kering biskut, tilam, air minuman dan alatan perubatan termasuk ambulans.
"Daripada jumlah yang telah disalurkan itu, lebih RM700,000 disumbangkan menerusi Tabung Palestin MyCARE Johor termasuk RM100,000 dari pihak Pasaraya Econsave.

"Bantuan dan sumbangan ini akan dilakukan secara berterusan sehingga Palestin pulih kerana kemusnahan di Gaza itu sangat teruk. Bantuan fasa kelima akan cuba disalurkan dalam bulan ini namun bergantung kepada keadaan semasa di Gaza.

"Bagi fasa keempat, kami merancang untuk bantuan berbentuk selimut dan baju sejuk disalurkan kepada penduduk Gaza kerana ketika ini sudah masuk musim sejuk di sana. Semua sedia maklum kediaman mereka habis ranap dan rosak dibedil tentera Zionis," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Jualan Amal Gaza yang dianjurkan Kelab Media Johor bersama Pasaraya Econsave dam MyCARE di Pasaraya Econsave Taman Teratai di sini, hari ini.

Dalam program itu juga, sebanyak 50 buah motosikal berkuasa tinggi dan 20 buah kenderaan pacuan empat roda dilepaskan bersama dalam Misi Bantuan Tabung Palestin ke Tanjung Piai.

Selain Pasaraya Econsave, Kelab Media Johor turut menyumbangkan RM5,000 bagi tabung Gaza yang disampaikan Presidennya, Mohamad Fauzi Ishak kepada MyCARE Johor.

Sementara itu, Pengurus Pasaraya Econsave, Mas Imran Adam berkata, Pasaraya Econsave menyasarkan kutipan RM500,000 menerusi Tabung Kecemasan Palestin sehingga akhir bulan ini.

Setakat ini katanya, tabung berkenaan yang dilancarkan pada 14 Oktober lalu dengan kerjasama MyCARE Johor sudah mengutip RM200,000 hasil sumbangan rakyat Malaysia menerusi tabung berkenaan yang diletakkan di 94 buah cawangan Econsave seluruh negara.

"Selain kutipan tersebut, pihak Econsave sendiri akan menyumbang RM100,000 kepada rakyat Palestin antaranya dalam bentuk barangan, makanan kering, air mineral dan lampin yang akan masuk dari sempadan Rafah," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 05:08 AM GMT+8 , Processed in 0.040188 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list