CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30594|Reply: 0

[Kelantan] Banjir: Kampung Tasek Tok Kundur berisiko dilanda bah kali kedua

[Copy link]
Post time 2-12-2023 03:57 PM | Show all posts |Read mode

Zainal (tiga dari kiri) dan anggota bomba menyampaikan bantuan makanan kepada penduduk Kampung Tasek Tok Kundur, Pasir Puteh, hari ini. Foto oleh TOREK SULONG/KOSMO!

PASIR PUTEH – Penduduk Kampung Tasek Tok Kundur di sini diingatkan untuk segera berpindah sekiranya keadaan air di persekitaran rumah mereka meningkat berikutan hujan lebat berterusan sejak beberapa hari lalu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan, Zainal Madasin berkata, sebanyak tujuh keluarga tinggal di kampung itu sebelum ini dipindahkan di pusat pemindahan sementara (PPS) yang berdekatan apabila rumah mereka dimasuki air kira-kira dua minggu lalu.

Menurutnya, mereka kembali ke rumah masing-masing beberapa hari lalu apabila banjir surut meskipun laluan utama untuk masuk ke kampung itu sejauh satu kilometer masih digenangi air setinggi 0.3 meter.

“Kampung itu berada di lokasi rendah berhampiran dengan Sungai Tasik Tok Kundur yang sering melimpah sekiranya hujan lebat.

“Penduduk di sini berdepan dengan banjir setiap tahun dan mereka merupakan kumpulan paling awal dipindahkan di PPS setiap kali tengkujuh di negeri ini,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan bantuan banjir bersama skuad penyelamat Pasir Puteh di sini, hari ini.

Sementara itu, Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Kelantan berkata, mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 826 orang pada pukul 12 tengah hari ini berbanding 574 orang pagi tadi.

Menurutnya, kesemua mangsa terdiri daripada 264 buah keluarga yang ditempatkan di lapan buah PPS di lima daerah iaitu Bachok, Pasir Mas, Machang, Kota Bharu dan Tanah Merah.

“Seramai 320 orang ditempatkan di dua buah PPS di Bachok, di dua PPS di Pasir Mas (447 orang) dan dua PPS di Tanah Merah (30). Selain itu, 19 mangsa berlindung di sebuah PPS di Kota Bharu dan 10 mangsa di Machang,” katanya. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2023/12 ... nda-bah-kali-kedua/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:30 PM GMT+8 , Processed in 0.529168 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list