|
RADZI diselamatkan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang selepas kediamanya di Kampung Gual Mekong, dilanda banjir, semalam. FOTO ihsan BOMBA
Rantau Panjang: "Saya tidak berdaya meredah banjir dengan keadaan lemah begini, nasib baik ada anggota bomba datang menyelamatkan saya," kata Mohd Radzi Mohd Noor, 50, yang juga penghidap kanser pundi kencing sejak enam bulan lalu.
Mohd Radzi diselamatkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rantau Panjang kira-kira jam 10 malam tadi apabila rumahnya di Kampung Gual Mekong, di sini, dinaiki air pada paras 1.5 meter sejak petang semalam.
Menurutnya, sebelum itu dia meminta isterinya, Hamidah Abd Hamid, 41, menghubungi anggota keselamatan kerana jalan masuk ke penempatan itu dinaiki air dan hanya boleh dilalui kenderaan berat sahaja.
"Anggota bomba terpaksa mengusung saya menggunakan pengusung meredah air separas satu meter sebelum membawa kami ke pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Baroh Pial, di sini, untuk berlindung.
"Sebelum ini saya sihat sahaja, tetapi sekarang terlantar dan perlu dibantu. Bukan saya tidak mahu berpindah awal, tetapi air naik mendadak," katanya.
Katanya, mereka meminta pertolongan segera kerana bimbang banjir luar biasa akan berlaku seperti Februari lalu.
"Buat masa sekarang, saya masih berada di PPS, namun jika kesihatan tidak mengizinkan, saya akan rujuk ke hospital. Tambahan pula, saya memakai beg air kencing yang berisiko untuk terkena jangkitan kuman," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... sung-pesakit-kanser |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|