View: 17498|Reply: 0
|
[Johor]
2 maut, 1 parah van langgar lori
[Copy link]
|
|
PASUKAN bomba mengeluarkan mangsa yang terbabit kemalangan. FOTO Ihsan Bomba
Kluang: Dua maut, seorang parah dalam kemalangan membabitkan van dan lori membawa muatan ikan di kilometer 17 Jalan Jemaluang Mersing, di sini kira-kira 6.30 petang semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Mersing Deputi Superintendan Sharif Shai Sharif Mondoi berkata, mangsa yang maut adalah pemandu van, Lew Kim Wah, 56, dan penumpangnya, Choong Yee Hoong, 62.
Katanya, mangsa yang parah adalah penumpang van wanita berusia 67 tahun dirujuk ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk rawatan lanjut.
"Hasil siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila van Toyota Hiace dari Johor Bahru ke Kuantan hilang kawalan kemudian memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan lori Hino yang membawa ikan.
"Pemandu van meninggal dunia akibat tersepit manakala mangsa penumpang belakang tercampak di atas jalan raya meninggal dunia di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata, dua lagi penumpang van yang cedera dirujuk ke Hospital Mersing untuk menerima rawatan, manakala dua penumpang van lain dan pemandu lori selamat.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ah-van-langgar-lori |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|