CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3827|Reply: 0

[Kelantan] 'Goyang lutut' dengar harimau mengaum

[Copy link]
Post time 30-11-2023 01:14 PM | Show all posts |Read mode

Sufiah menunjukkan tempat dia dan anaknya menggali ubi kayu di Kampung Batu Papan, di sini. FOTO Paya Linda Yahya

Gua Musang: Suara ngauman harimau mengejutkan dua beranak yang sedang menggali ubi kayu di kebun mereka di Kampung Batu Papan, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, pekebun, Sufiah Yahya, 58, dan anaknya, Che Muhammad Hawari Che Noh, 30, sedang menggali ubi kayu untuk dijual kepada pelanggan.

Menurut Sufiah, dia berhadapan dengan kejadian yang sama sebanyak dua kali sehingga menyebabkan dia gerun untuk ke kebun seorang diri.

Katanya, kejadian yang berlaku kelmarin adalah kali pertama dilaluinya sejak tinggal di Kampung itu lebih 30 tahun lalu.



"Ngauman harimau terbabit jelas kedengaran dan sangat kuat. Rasa seperti dia (harimau) ada di sekitar tempat saya mencabut ubi kayu.

"Ngauman pertama didengar sekitar kira-kira jam 11 pagi dan kejadian kedua pada jam 3 petang. Berikutan takut berlaku perkara tidak diingini, saya meminta anak untuk melaporkannya kepada pihak berwajib.

"Pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) sudah datang pada petang kelmarin dan meninjau keadaan di kawasan kebun," katanya ketika ditemui, di sini.

Sufiah berkata, kejadian itu menyebabkan dia takut untuk ke kebun bersendirian walaupun hanya terletak 200 meter dari rumahnya.

"Memandang permintaan ubi kayu sangat tinggi ketika ini, saya terpaksa juga ke kebun bersama anak lelaki untuk menggali ubi kayu.

"Di kawasan kebun saya seluas 2.4 hektar, pelbagai tanaman ditanam antaranya ubi kayu, pisang dan getah. Pihak Perhilitan yang datang ada menasihati kami pergi ke kebun secara berkumpulan," katanya.

Terdahulu media melaporkan, kemunculan harimau belang di beberapa kawasan di sekitar Gua Musang berhampiran bandar ini.

Antaranya di Kampung Batu Papan, Kampung Subong, Kampung Sungai Terah dan Projek Penempatan Masyarakat Setempat (PPMS) Kesedar Sejahtera selain kejadian membaham lembu di Kampung Kundur.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... gar-harimau-mengaum

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:26 PM GMT+8 , Processed in 0.283280 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list