CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2263|Reply: 0

[Johor] Penyewa cabut lari tak sanggup hadapi banjir

[Copy link]
Post time 30-11-2023 12:30 PM | Show all posts |Read mode

Md. Johari menunjukkan aliran parit yang perlu diselenggara di Jalan Balau, Taman Desaru Utama, Kota Tinggi.

KOTA TINGGI – Penduduk di Jalan Balau, Taman Desaru Utama, di sini sudah penat dan letih berdepan banjir yang berlaku sebanyak tiga kali sejak 2021.

Ramai penyewa juga mula ‘ang­kat kaki’ berpindah ke tempat lebih selamat kerana tidak sanggup lagi menanggung rugi.

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Jalan Balau, Md. Johari Dol mendakwa, saluran parit di hadapan Jalan Balau yang tidak diselenggara dengan sempurna antara punca banjir.

Katanya, meskipun beliau dimaklumkan bahawa terdapat saluran parit baharu dibina, namun penduduk masih bimbang akan keberkesanannya.

“Sejak tinggal di sini pada tahun 2014, kami tidak pernah dilanda banjir. Antara punca bah berlaku sebanyak tiga kali sejak 2021 adalah disebabkan parit yang kecil dibina di kawasan perumahan ini.

“Ditambah pula peningkatan penerimaan air di saluran parit melalui pembukaan taman perumahan baharu serta hujan yang berterusan menyebabkan air melimpah ke kawasan rumah penduduk.

“Sekurang-kurangnya parit di Jalan Balau ini juga perlu dise­lenggara, didalamkan agar air dapat mengalir lancar, seterusnya mengelakkan berlaku kejadian banjir,” katanya.

Md. Johari berkata, ekoran kejadian itu, ada penduduk yang terpaksa membina ruangan khas di tempat tinggi untuk menyimpan barangan serta perkakasan rumah.

“Penyewa boleh cari rumah lain, tetapi pemilik macam kami takkan kami hendak tinggalkan rumah ini.

“Sekarang banjir melanda Pantai Timur, biasanya selepas itu diikuti Pahang dan Johor. Kami harap tidak akan berlaku banjir kali keempat,” ujarnya.

https://www.kosmo.com.my/2023/11 ... ggup-hadapi-banjir/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 05:05 AM GMT+8 , Processed in 0.047499 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list