CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1019|Reply: 0

[Negeri Sembilan] N.Sembilan wujud pasukan khas selaras bantuan mangsa banjir termasuk pekebun, petani

[Copy link]
Post time 23-11-2023 11:24 AM | Show all posts |Read mode

JALALUDDIN Alias bersalaman dengan ahli-ahli PKPKM yang hadir pada Mesyuarat Agung Dwitahunan PKPKM Ke-24 di Port Dickson semalam.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.


PORT DICKSON: Satu pasukan khas telah diwujudkan kerajaan Negeri Sembilan bagi menghadapi bencana banjir sewaktu musim tengkujuh ketika ini termasuk menyelaras dalam aspek bantuan yang diperlukan oleh mangsa yang terjejas.

Exco Kanan Kerajaan Negeri Sembilan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Keterjaminan Makanan dan Kos Sara Hidup negeri, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, penyelarasan bantuan berkenaan termasuk melibatkan mangsa yang terlibat dalam sektor pertanian di negeri ini.

“Pada Mesyuarat Exco semalam juga telah dibincangkan mengenai persiapan kerajaan negeri terutamanya untuk jabatan-jabatan yang berkaitan dengan industri pertanian untuk bersiap sedia menghadapi musim tengkujuh.

“Selain bantuan-bantuan yang telah disediakan oleh kerajaan bagi membantu yang terjejas seperti Bantuan Musim Tengkujuh kepada pekebun kecil getah dan bantuan kepada nelayan, satu pasukan khas diwujudkan oleh kerajaan negeri sebagai langkah awal membantu semua mangsa banjir yang terjejas,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Agung Dwitahunan Persatuan Kebangsaan Pekebun-Pekebun Kecil Malaysia (PKPKM) Ke-24 di sini semalam. Yang hadir sama, Presiden PKPKM, Datuk Aliasak Ambia.


JALALUDDIN Alias (baris depan, tengah) bergambar bersama ahli-ahli PKPKM yang hadir pada Mesyuarat Agung Dwitahunan PKPKM Ke-24 di Port Dickson semalam.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.

Dalam pada itu, Jalaluddin memberitahu, setakat ini hanya kejadian banjir kilat yang berlaku di beberapa kawasan di negeri ini dan belum ada lagi laporan terdapatnya pengusaha bidang pertanian dan penternakan di negeri ini yang terjejas akibat banjir kali ini.

Sementara itu, beliau yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kemajuan Desa, Perladangan dan Komoditi negeri menyarankan agar PKPKM memainkan lebih peranan bagi memastikan tekanan dihadapi oleh golongan pekebun kecil di seluruh negara dapat diselesaikan secara berperingkat.

“Umpamanya mengenai hal harga baja dan makanan ternakan yang semakin meningkat, perlu difikirkan satu kaedah penyelesaian yang kemudiannya diambil tindakan serta merta supaya hasil daripada pekebun-pekebun kecil ini semakin kukuh pada masa akan datang sekali gus turut menyumbang kepada stok bekalan makanan negara.

“Hal berkaitan dengan kekurangan bekalan makanan tidak harus dibincangkan lima tahun mendatang kerana suka atau tidak kita harus ingat soal berkaitan dengan makanan ini adalah perkara yang penting dan sensitif, ia perlu dirancang dan dipersiapkan bermula dari sekarang,” katannya.

Jalaluddin dalam pada itu turut menggalakkan pemain-pemain dalam industri pertanian untuk menyumbang bagi pelaksanaan aspek pendigitalan khususnya berkaitan pemasaran dan pengeluaran hasil pertanian negara.-UTUSAN.


https://www.utusan.com.my/berita ... suk-pekebun-petani/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 05:20 AM GMT+8 , Processed in 0.040278 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list