CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3013|Reply: 0

[Johor] Keluarga tinggal di pondok kitar semula setuju berpindah

[Copy link]
Post time 18-11-2023 12:38 PM | Show all posts |Read mode

Mohd. Fared (dua kiri) bergambar bersama keluarga lima beranak yang menetap di pondok diperbuat daripada barangan kitar semula di dalam kebun kelapa sawit di Ulu Tiram, Johor Bahru.

JOHOR BAHRU – Keluarga yang sebelum ini memilih untuk menetap di sebuah pondok dibina menggunakan barangan kitar semula di kebun kelapa sawit Kampung Baru Sungai Johor, di sini akhirnya bersetuju berpindah ke kediaman lebih selesa.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd. Fared Mohd. Khalid berkata, persetujuan itu diberikan ketua keluarga berkenaan setelah mereka berjaya dipujuk berbuat demikian.

Menurutnya, nasihat untuk mereka berpindah itu dibuat setelah mengambil kira keadaan kediaman pondok yang kurang sesuai untuk didiami individu berkeluarga.

“Alhamdulillah, kita dapat pujuk mereka untuk berpindah sementara hasrat membina sebuah rumah di tapak pondok sedia ada ini dilaksana dengan bantuan kerajaan Johor.

“Kita juga ucapkan terima kasih kepada pasangan ini kerana memahami keperluan kita yang meminta mereka dipindahkan sementara ke rumah sewa dengan segera,” katanya kepada pemberita selepas melawat kediaman keluarga berkenaan.

Tambah Mohd. Fared, pasangan suami isteri iaitu Mohd. Farid Md. Yusof, 30, dan Norazlina Abdullah, 21, menetap di pondok berkenaan bersama tiga anak berusia antara lapan bulan hingga tiga tahun.

Sementara itu, Norazlina memberitahu, dia dan suami berasa sedih dan sayu untuk meninggalkan pondok yang telahpun menjadi tempat kediaman mereka sebelum ini.

“Kami akur dengan nasihat kerajaan negeri untuk berpindah keluar ke semua rumah di Felda Ulu Tebrau di sini, insya-Allah ada hikmahnya. Terima kasih buat semua pihak yang membantu kami,” jelasnya ringkas.

Terdahulu, akhbar tempatan melaporkan lima sekeluarga itu menetap di pondok kitar semula berkenaan selain menganggapnya sebagai kediaman mahligai keluarga mereka. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/11 ... a-setuju-berpindah/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 05:22 AM GMT+8 , Processed in 0.043528 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list