View: 4113|Reply: 0
|
[Negeri Sembilan]
Seleweng diesel guna kapal tangki
[Copy link]
|
|
AKTIVITI penyelewengan minyak diesel bersubsidi menggunakan kapal tangki MT Aliya Sari berjaya ditumpaskan pasukan penguatkuasa di jeti persendirian di Pasir Panjang di sini, -Foto KPDN NEGERI SEMBILAN.
PORT DICKSON – Kegiatan penyelewengan diesel bersubsidi menggunakan sebuah kapal tangki MT Aliya Sari berjaya ditumpaskan dengan rampasan 38,200 liter minyak dianggarkan bernilai RM82,130 di sebuah jeti persendirian di Pasir Panjang di sini.
Pengarah Kementerian Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sembilan, Muhammad Zahir Mazlan berkata, serbuan Ops Tiris itu dilakukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Sabtu lalu sebelum diserahkan kepada pihaknya.
“Ketika serbuan, berlakunya aktiviti pemindahan diesel yang disyaki bersubsidi dari lori tangki ke atas kapal MT Aliya Sari yang berada di jeti dalam kawasan premis tersebut,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Muhammad Zahir berkata, tiga lelaki tempatan dan lima lelaki asing yang merupakan pekerja di atas kapal, pemandu lori dan pekerja di jeti tersebut telah ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.
“Turut dirampas dalam serbuan tersebut adalah sebuah lori tangki berkapasiti 40,000 liter, dua unit pam bermeter berserta hos, dua unit motor pam berserta hos serta sebuah kapal jenis tangki MT Aliya Sari yang menjadikan nilai keseluruhan rampasan RM782,100.
“Satu kertas siasatan telah dibuka dan siasatan lanjut ke atas kes ini sedang dilakukan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 bagi mengenal pasti individu atau syarikat yang terlibat serta rantaian pengedaran diesel termasuklah sumber minyak diperoleh,” katanya
https://www.kosmo.com.my/2023/11 ... -guna-kapal-tangki/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|