CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3432|Reply: 0

[Johor] Imam maut kereta kemalangan dengan van bawa anak yatim

[Copy link]
Post time 4-11-2023 12:03 PM | Show all posts |Read mode

Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah van yang membawa kanak-kanak terdiri daripada anak yatim berhampiran Felda Sungai Sayong, Jalan Kluang - Bandar Tenggara. FOTO JBPM JOHOR

Kota Tinggi: Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah van membawa kanak-kanak anak yatim berhampiran Felda Sungai Sayong, Jalan Kluang - Bandar Tenggara di sini, semalam.

Aminudin Sanusi, 54, yang dipercayai bertugas sebagai seorang imam dilaporkan meninggal dunia, manakala 10 anak-anak yatim berusia antara sembilan hingga 15 tahun serta pemandu van berusia 41 tahun dilaporkan cedera ringan.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tenggara, Pegawai Bomba Kanan II Awang Ismail Awang Hanafi berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Negeri Johor menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu melalui talian MERS999 pada jam 6.37 petang sebelum menghantar tujuh anggota bomba ke lokasi kejadian.

"Sebuah jentera LFRT digerakkan dan setibanya pasukan keluaran operasi (PKO) di tempat kejadian didapati benar berlaku kemalangan jalan raya membabitkan sebuah kereta Nissan Sentra dan sebuah van Kia Pregio.



"Terdapat seorang mangsa iaitu pemandu kereta tersepit dalam kenderaan itu, manakala van yang membawa 10 orang anak-anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Bandar Tenggara (Peyara) dan pemandunya masih di dalam van, cedera ringan.

"PKO bertindak mengeluarkan mangsa tersepit menggunakan peralatan khas dan sebaik mangsa berjaya dikeluarkan, mangsa diserahkan kepada pihak KKM (Kementerian Kesihatan) sebelum pegawai perubatan mengesahkan mangsa meninggal dunia," katanya menerusi kenyataan media, malam tadi.

Beliau berkata, semua mangsa di dalam van pula dihantar ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim (HTSMTI), Kulai untuk rawatan selanjutnya.

Katanya, operasi kemudian ditamatkan pada jam 8.31 malam.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... van-bawa-anak-yatim

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 02:27 AM GMT+8 , Processed in 0.043794 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list