CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 13283|Reply: 70

Nasib seorang tua (nenek aku "anak2 sume x nak jaga)

[Copy link]
Post time 7-2-2011 08:50 PM | Show all posts |Read mode
Aku kesian n tragis ngan kisah nenek aku ni, anak ada 5 orang (3 laki 2 pompuan) buat masa ni mak aku jaga. memang mak aku x de masalah jaga tapi nenek aku selalu sebut nak ke umah anak itu lah inilah... semalam mak aku suh adik aku anta ke umah anak bongsu kat gadong... malangnya belum sempat adik aku nk turunkan beg nenek aku ... paksu aku suh adik aku bawak balik katanya umah x de bilik la, x de tilam lah, mcm2 alasan (actually takut bini), bukan dia nak tanya nenek aku tu sihat ke idak ke, ajak masuk pun tidak... pas tu dia nk gi umah anak pompuan kat paroi smpi sana pun kena halau gak pasal atenye lepas ni bz nak jaga cucu kat kajang... last2 nenek aku balik kat umah mak aku balik... semalaman dia ngangis... realiti ni ... nasib2 dia di uji ngan anak2 yg x mau jaga dia... apa pendapat korang...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2011 08:56 PM | Show all posts
kesiannya nenek Osni. nenek saya pun sapa pun tak nak jaga sebab mulut tak de insuran. anak-anak banyak makan hati. anak kesayangan nenek pulak buat tak tahu je dengan nenek.

tahlah.. sebagai pengajaran mulut kena jaga. anak-anak pulak kalau boleh sayanglah sama rata. jangan dilebihkan mana-mana pun
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-2-2011 09:03 PM | Show all posts
Aku akui nenek aku ni dulu mmg suka beza kan kasih syg ngan anak2 n mak aku termasuk dlm kategori biasa2 je...tapi itu bukan 1 alasan tuk mak aku x jaga nenek aku...tanggungjawap anak kenalah jaga mak wp mak aku x wajib jaga pasal mak aku pompuan...mana pegi anak2 jantan yg biler pembahagian harta depa dulu yg dtg..ish2 mmg dunia ni terbalik dh
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2011 09:04 PM | Show all posts
nenek saya semua anak2 sayang..cucu pun sayang..selalu ajak datang rumah..tapi dia sayang sgt rumah dia...kalau datang pun tido semalam mulalah nak balik rumah dia...risau tak der org nak siram bunga dia...
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2011 09:20 PM | Show all posts
putaran hidup......
org tua mmg susah nk jaga. especially hati dorang yg semakin sensitip bila semakin tua. telinger kena tahan!
diri kita sendiri pun nanti blom tentu nasib mcm mana. kumpul ler reter banyak2, nanti dh tua boleh jual wat modal utk kehidupan di rumah warga emas;) takyah kacau anak. kita pun leh privacy nk bersama dgn tuhan.
kesian gak kt dorang yg mungkin masa tu tgh sebok nak besarkan anak2, naikkan taraf hidup, nk jaga sakit pening kita lak, nk tahan tinger lg dgn mulut kita yg takde insuran masa tuh..
*kebanyakan nenek2 atuk2 yg aku tgk... especially yg hampir nyanyuk dan nyanyuk sumer mulut mmg haishhh, aku assume semua org bila dh tua mmg mcm tu peel..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-2-2011 09:33 PM | Show all posts
nenek aku ni sihat cuma bab kencing kdg2 mis place..hehe.. bau tu adat ler..hari2 mak aku kena  mop...mulut nenek lak x byk cakap.... kira ok la sgt..aku tul2 x paham ngan anak2 lain yg lepas tangan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-2-2011 09:51 PM | Show all posts
nenek ako (dh arwah) dulu dari muda sampai ketua suka baca quran..... jd ms tua die tk byk membebel pun.... klu anak2 die ckp yg bukan2 die just byk2 istifar jer.... tk lh die sentitif sgt....
syukor ako ader nenek yg byk igt tuhan....
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2011 10:19 PM | Show all posts
ni yang orang kata "1 mak boleh jaga 10 orang anak, tapi 10 puluh orang anak belum tentu boleh jaga seorang mak".

in my case, alhamdulillah both arwah nenek dijaga baik oleh anak2 dia. Arwah nenek belah ayah mulut pun boleh tahan tak ada insurans, memang ramai menantu yang makan hati tapi jagaan anak2 dia memang tip top sampaila dia meninggal. Dulu setiap minggu pantang Jumaat malam jer mesti ayah suh balik Paroi Jaya, tengok nenek.

Nenek belah ayah dijaga oleh mak sedara. Dia punya kaki kena potong (amputated) so memang wheel chair bound. Puas ajak duk KL tapi taknak, nak duk umah sendiri, so mak sedara (single time tu) jaga dia, and adik beradik ayah yang lain share duit bayar maid setiap bulan.

arwah nenek belah mak, semua berebut nak jaga dia, sebab arwah nenek ni memang hati baik. Prinsip dia "biar orang buat kita, kita jangan buat orang". Tapi towards the end of her life, tak ramai yang betah nak jaga nenek sebab she was bed bound & on dialysis. so nak mengangkat & mendukung nenek tu boleh terkehel pinggang dibuatnya. And kerja bersihkan berak nenek & tukarkan pampers nenek dah biasa buat. Dalam 20 orang cucu arwah nenek, 2 orang cucu dia jer sanggup 'bergelumang'dengan najis dia.

mandikan arwah nenek dulu pun was a long process. Sebab you kena letak kerusi dalam toilet, then angkat nenek, sebelah tangan nak mandikan dia, sebelah lagi nak pegang shower. Then celah2 kuku, kaki semua nak sental lagi. Then nanah kat punggung nak kena bersihkan lagi (due to bed sore). Orang yang bed ridden ni memang senang kena infection kat crtain area.

then tu tak masuk part makan & minuman kena sukat. Ubat nenek pun i jaga. Sehari 21 biji ubat kena bagi, air tak boleh minum more than 500ml. Malam2 i slept with her, sebab she has the tendency to sleep walk (masa dia boleh berjalan dulu la), Bila dah tak boleh, i still tidor dengan dia gak.

Arwah nenek ada 4 orang anak (on my mum's side) tapi antara semua anak dia, dia paling suka duk kat umah kitorang, sebab my dad (her son in law), layan dia macam his own mother. Even when my friends came to my house for hari raya or visit, they thought nenek i tu mak ayah i, bukan mak mertua.

ni tak masuk kos perubatan nenek yang semua adik beradik dia tanggung. Sekali dialysis RM180 (this was in 2003). Seminggu 3 kali dialysis. Tak termasuk duit ubat2an yang lain> but the cost was divided to 3 anak jer, sebab yang bongsu tu not really stable financially.

i memang salute dengan my parents for showing such a good example. I bukan nak brag about my own family, sometimes kita dengar so many negative things around, we wonder is there any good deed still around. The answer is yes.

on the other hand, i pernah jugak tengok anak2 yang ill-treated their parents. for example, pernah berlaku 1 kes, patient ni dah boleh discharge. So kita pun call la waris dia (anak dia). Then anak dia janji nak datang. so uncle ni pun bersiap la, packing bagai. Then tunggu2 tak datang. Then nurse call la lagi anak dia tanya. Then anak dia kata, dia tak nak amik ayah dia tu. Dia kata "ayah dia ni menyusahkan hidup dia/ Boleh tak you suruh orang kebajikan datang ''çollect' ayah i?

tersentap i dengar ok..

and i pernah terbaca buku ustat hasrizal yang from saifulislam.com tu. ayah dia pernah bagitahu, kalau boleh dia nak mati awal, sebab dia tak nak menyebabkan anak dia derhaka.

Kan selalunya ibu bapa yang sakit ni, kadang2 boleh menyebabkan anak yang baik pun boleh jadi derhaka. sakit is one thing, nyanyuk lagi.

Pengalaman jaga both arwah nenek, made up my mind, should anything happen to my parents, or my parents in law, i will give the same, if not more till the end of their lifetime.
sometimes i berdoa kat allah, supaya umur my parents dipanjangkan supaya i sempat berbakti pada my parents.

setakat bagi duit bulan2 or sekali sekala visit them on weekends, belum layak dipanggil 'dah membalas jasa'
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2011 11:29 PM | Show all posts
kalau anak2 ader kesedaran xkira la ape perangai makbapak tu perlu diketepikan
xder alasan untuk anak2 jaga depa..ni jns anak2 yg lupa jasa makbapak la yg jd cm ni
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2011 12:00 AM | Show all posts
jaga orang tua sakit ni memang kena banyak sabar. Tapi berdasarkan kedua2 nenek, yang sorang baik hati yang sorang mulut tak ada insurans, tapi both anak2 still jaga elok2.

tu yang i respect. Orang kata hidup ni putaran alam, kita lahir sebagai baby, mati pun macam tu gak. masa kecik makan bersuap, dah tua pun macam tu gak. Masa kecik pakai pampers, dah tua pun macam tu gak.

tapi, bezanya, baby tau nangis jer, tapi yang tua ni tau bercakap. so kadang2 perkataan yang keluar tu memang menyakitkan hati. Macam arwah nenek i dulu, cukup marah bila breakfast i tak bagi makan nasik, sebab if tak, gula dia akan naik. bila i bagi roti jer, kita dijerkahnya, ada hari angin dia baik, dia guna reverse psikologi. Dia cakap "sampai hati ko XX, nenek lapar ni ko tak bagi makan". i selalu reply "Nek, sebab XX sayang nenek la XX buat macam ni. Kaki nenek sebelah dah kena potong, nanti sebelah lagi kena potong.

then kalau datang angin kus2, makanan yang kita bagi, dia lempar. Tahan jer la. Paling2 habis pun, i call my dad mengadu. Then my dad ni selalu pujuk, "XX, you kena paham. Nenek ni bed ridden. she is under a lot of stress. Can you imagine, dulu nenek gerak bebas. She can do whatever she wants, she can go anywhere she wants, but now, dia kena rely on people to do the slightest thing sekali pun. Orang yang very independent, tetiba jadi dependent, tak ke bengang. and kat mana lagi diorang nak channelkan kebengangan diorang tu?

tu tak masuk terlupa lagi. contoh, kita dah bagi makan at 10 am, dia kata kita tak bagi makan lagi. Nanti bila my dad balik, dia ngadu kata i tak bagi makan. Tapi my dad tau i dah bagi so dia layankan aja la.

dengan orang tua ni, they are always right. No point arguing. Diorang pun nak hidup berapa lama jer...tak luak pun argument diorang
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2011 05:17 AM | Show all posts
jaga orang tua sakit ni memang kena banyak sabar. Tapi berdasarkan kedua2 nenek, yang sorang baik ha ...
cn7 Post at 7-2-2011 11:00


mil me cam ni sekarang,
pegi lawat dia salah, tak pegi melawat pun salah...
masuk dapur dia pegang cawan pun takut..
terpaksa duduk kat kerusi duk dediam...

dulu punyalah kuat,
umur 70 an pun still kuat, tahun lepas bole pi travel sampai europe..
bulan 10 still boleh main golf,
tapi hari ni, sekali kanser serang... jalan pun dah tak boleh,
duduk tersandar aje, makan pun kena suap..
tapi still ada suara buat kita takut nak bergerak..
tapi mil me untung, anak anak dia semua baik baik belaka
ambil berat.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2011 08:32 AM | Show all posts
call la dulu sebelum hantar nenek tuh ... spya anak2 yg berkenaan boleh buat persiapan yg sepatutnya ... courtesy la sket ...

kita sendiri pun kalo boleh nak org bagitau dulu kalo nak datang rumah ... boleh la beli juadah dan sediakan bilik tidur ... ini tengah bogel laki bini tetiba org dok ketuk pintu bagi salam ... mesti la menyirap ...
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2011 08:38 AM | Show all posts
salah sorang nenek pompuan aku pun mcm sorang anak2 dia tanak jaga...time dia sihat dulu, dia suka dera menantu dan org gaji sampai penah menantu lari dari rumah dan org gaji ada yg bertahan kerja dgn dia sehari jer.....skrg dah sakit, g hospital pun takder sapa nak antar..duk sorang kat umah batu 2 tingkat yg 8 bilik tapi kosong...asben dia (adik nenek aku), dah kluar rumah sebab dulu tak tahan dgn perangai dia n dah ada 2nd family....
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2011 11:23 AM | Show all posts
Reply 13# leylapple


   
dia suka dera menantu dan org gaji sampai penah menantu lari dari rumah dan org gaji ada yg


dera macam mana? Mentally torture ke atau physically?
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2011 11:42 AM | Show all posts
Reply  leylapple


   

dera macam mana? Mentally torture ke atau physically?
cn7 Post at 8-2-2011 11:23



    2-2....mulut plak jenis yg takder insuran..aku penah tgk dia sepak org gaji dan sorang menantu dia time aku g umah dia utk anta brg...
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2011 11:46 AM | Show all posts
Reply 15# leylapple


   
sepak org gaji dan sorang menantu dia time aku g umah dia utk anta brg...


ish, sampai macam tu sekali....patutla tak der orang nak jaga. if tak kena sepak, kang kena lempar dengan barang pulak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2011 11:49 AM | Show all posts
Reply  leylapple


   

ish, sampai macam tu sekali....patutla tak der orang nak jaga. if tak ...
cn7 Post at 8-2-2011 11:46



    tp bila tgk dia sakit skrg nie..kesian plak aku tgk...yg aku leh tlg, carikan pembantu peribadi utk menolong beliau hari2 sebab mulutnya masih berbisa..
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2011 11:58 AM | Show all posts
nenek aku pun sama..dr 7 org anak yg jg cuma 3 org je.gilir2 setiap bln...
nenek aku ni dulu suka pilih kasih antara anak, menantu n cucu. Saper yg byk bg duit itulah yg dia paling sayang..dah tua n sakit pun perangai ti ttp x berubah.Umur dah 80 thn, jln pun dah x kuat n mmg pakai pampers..tp nenek aku ni sll uji kesabaran anak2 yg jg dia.kekadang tu dia buka pampers dia yg penuh najis tu n sapu kat dinding bilik.

pastu kalau pampers penuh ngn air kencing tu dia buka n campak kat bawah lantai n duduk atas baju yg baru basuh.kesian kalau tgk mak aku n makcik aku jg dia..Yg jg 3 org ni,2 family dia x suka,suka marah n kutuk menantu n cucu..

mmg kena btl2 sabar jg nenek aku,sampai mak aku ckp jgnlah dia jd anak derhaka masa jg mak dia ni.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2011 12:04 PM | Show all posts
Reply 18# cherrybiru


   
tp nenek aku ni sll uji kesabaran anak2 yg jg dia.kekadang tu dia buka pampers dia yg penuh najis tu n sapu kat dinding bilik.


kadang2....diorang bukan sengaja tau...i bukan nak defend nenek2 sesapa, but elderly, esp those yang dah lebih 65 tahun ni, they have a medical condition yang menyebabkan diorang buat macam tu.... kata alzheimer, nak-nak pulak umur nenek ni 80 tahun, lagi la parah...

trust me, sometimes they do it unintentionally. having living with two, insyallah i can share my story. Lap kat dinding tu bearable lagi. Tunggu diorang play with the feces, or eat the feces. Time tu baru la kita tahu diorang ni sengaja buat or memang tak der ingatan dah.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2011 12:07 PM | Show all posts
i ada ada satu pertanyaan. kut2 u all boleh jawab kan or bagi pendapat. macamana nak jaga parent yg kita benci disebabkan perangainya dari kecik sampai ke besar?maksudnya kita dari kecik duk memendam perasaan benci sampai lah besar, nanti dia sakit dan tua, camne nak hadapi kerenahnyer kalu takde perasaan sayang. taknak jadi anak derhaka tapi camne nak hadapi yek.pandangan yg realistik la bukannya yg idealistik tapi sukar untuk dilakukan oleh orang2 biasa cam i nie.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-12-2024 07:12 PM GMT+8 , Processed in 0.100574 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list